BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN (BPP), PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Carian Maklumat Di Sini...
Google

BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN

Bahagian Pengajian Pengurusan adalah bahagian yang bertanggungjawab berkaitan dengan bidang keusahawanan di PERHEBAT. Bahagian ini menguruskan dua kursus latihan peralihan iaitu Kursus Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( 6 bulan) dan Kursus Peruncitan (6 bulan) serta menerapkan Nilai Tambah Keusahawanan (2 minggu) untuk kursus-kursus teknikal seperti automotif, binaan, perhotelan, katering dll.

Kursus Pembangunan Usahawan IKS adalah kursus latihan peralihan yang dapat membimbing bakal-bakal pesara tentera dalam ilmu keusahawanan selepas mereka bersara nanti. Banyak pendedahan dalam dunia keusahawanan diberikan agar mereka dapat menguruskan karier masing masing selepas tamat perkhidmatan. Tips dan rahsia perniagaan diberikan kepada mereka yang mengambil kursus IKS di PERHEBAT.

Wednesday, April 18, 2012

5 Perkara Wajib Buat Supaya Anda Menjadi Lebih Kaya Pada 2012

Semua orang hendak jadi kaya.

Tetapi bukan semua tahu caranya.


Saya sarankan anda membuat 5 perkara berikut.

Pada hujung 2012 nanti akaun bank anda pasti lebih banyak duit.

5 Aktiviti Pasti Buat Banyak Duit
#1 – Simpan

Tiada tip lain?

Tunggu. Menyimpan adalah perkara paling asas. Kalau anda tidak dapat menyimpan, anda pasti tidak dapat menjadi pelabur yang baik.

Simpan sekurang-kurang RM100 sebulan.



Kepada yang sudah menyimpan, tahniah. Anda perlu menambah jumlah simpanan dari tahun ke tahun. Kalau tahun lepas sudah menyimpan RM100 sebulan, tahun ini kena tambah lagi. Bagaimana?

50% bonus yang anda terima dan 50% kenaikan gaji tahunan terus anda simpan. Bakinya anda belanja.

#2 – Tulis dan ‘shopping’

Kita sebagai manusia membeli mengikut emosi.

Justeru apabila kita membeli belah tanpa menulis terlebih dahulu barang yang mahu kita beli, kita akan membelanjakan lebih daripada apa yang sepatutnya.

Paling kurang kita pasti membelanjakan lebih dari 25% daripada bajet asal.

Barangkali perbelanjaan asal dapur misalnya RM800 sebulan, dan disebabkan kita tidak menulis sebelum ‘shopping‘ akhirnya kita membelanjakan sehingga RM1,000 sebulan.

RM200 bertambah sebulan menjadikan RM2,400 kos tahunan meningkat.

#3 – Bersedekah

Tangan yang memberi lebih baik (490,000 kali ganda) dari tangan yang menerima.



Jangan kedekut untuk bersedekah. Duit yang kita sedekahkan sudah pasti menjadi milik kita. Duit gaji yang anda terima tapi tidak disedekahkan barangkali jadi milik ASTRO, TNB atau pun makcik karipap.

Duit yang kita sedekahkan bukan sahaja tidak hilang tetapi bakal berganda-ganda dengan begitu unik sekali.

#4 – Gunakan Tunai, Bukan Kad Kredit

Sekiranya anda bukan seorang yang berdisplin dalam urusan kad kredit, amalkan perbelanjaan tunai sahaja.

Jika terlupa keluarkan duit, ATM habis duit dan duit tidak cukup maka tidak perlu keluar berjalan-jalan. Rancang sahaja perjalanan anda pada hari lain.



Jika anda masih belum ada kad kredit dan tiada tujuan khas (seperti pembelian online untuk bisnes), tidak perlu cuba-cuba menggunakan kad kredit.

Kad kredit adalah berhantu. Lebih menakutkan dari cerita-cerita hantu Malaysia, Korea dan Jepun.

#5 – Hadir Seminar Dua Kali Setahun, Beli Buku Sebulan Sekali

Sekiranya anda berminat dalam bidang masakan menonton Masterchef di televisyen tidak mencukupi. Anda perlu juga belajar asas-asas memasak secara ‘live‘. Paling kurang belajar dengan emak.

Saya masih hadir ke kelas-kelas berkaitan pengurusan kewangan dan pelaburan walaupun saya sudah mempunyai sijil profesional dalam bidang ini.

Setiap bulan juga saya pasti membeli buku-buku berkaitan walaupun saya telah menulis satu buku sendiri. Lagi banyak saya belajar dan membaca rupanya lagi banyak yang saya tidak tahu.

Ilmu Adalah Kuasa dan Kekayaan
Duit yang kita ada boleh hilang. Pelaburan yang kita buat boleh rugi. Bisnes yang kita ceburi boleh tutup kedai.

Namun, ilmu di dada kekal sampai bila-bila. Kita boleh gunakan semula untuk mencari duit baru, membuat pelaburan lain dan menceburi bisnes lain.

Suzardi Maulan {Pakdi} adalah seorang Islamic Financial Planner (IFP) dan kini beliau aktif membantu orang ramai menambah pendapatan, menggandakan simpanan dan membuat pelaburan yang lumayan menerusi Bengkel Rancang Wang.

Sumber:majalahniaga.com
Related Posts with Thumbnails