BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN (BPP), PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Carian Maklumat Di Sini...
Google

BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN

Bahagian Pengajian Pengurusan adalah bahagian yang bertanggungjawab berkaitan dengan bidang keusahawanan di PERHEBAT. Bahagian ini menguruskan dua kursus latihan peralihan iaitu Kursus Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( 6 bulan) dan Kursus Peruncitan (6 bulan) serta menerapkan Nilai Tambah Keusahawanan (2 minggu) untuk kursus-kursus teknikal seperti automotif, binaan, perhotelan, katering dll.

Kursus Pembangunan Usahawan IKS adalah kursus latihan peralihan yang dapat membimbing bakal-bakal pesara tentera dalam ilmu keusahawanan selepas mereka bersara nanti. Banyak pendedahan dalam dunia keusahawanan diberikan agar mereka dapat menguruskan karier masing masing selepas tamat perkhidmatan. Tips dan rahsia perniagaan diberikan kepada mereka yang mengambil kursus IKS di PERHEBAT.

Sunday, October 16, 2011

Motivasi Diri : Duitkah yang kita cari ?

alt

Kisah ini berlaku tiga tahun lepas sebelum aku bergelar perunding kejuruteraan. Ketika itu, aku masih seorang jurutera muda.

Pertemuan aku dengan Pak Cik Roslan (bukan nama sebenar) membuatkan mata aku terbuka dan hati yang senang untuk memikirkan keadaan aku sekarang.

Pak Cik Roslan seorang jurutera hebat. Projek kerajaan atau swasta, tidak kira bangunan atau jalan, Pak Cik Roslan tidak ketinggalan dalam mencatatkan dirinya sebagai berpengalaman.

Maklum sahajalah jika begitu berpengalaman, tentu dia seorang yang jauh lebih daripada seorang kaya, seorang yang hidup mewah.

Dia bercerita "Zul.. Pak Cik daripada satu projek ke satu projek... berjuta-juta mahalnya projek, 'income' tak pernah putus. Sesekali tu dua tiga projek serentak! Tak sempat balik ke rumah, cari hotel untuk bermalam, lima bintang tu dah kira rumah."

Aku tergamam.

Sambungnya "Pak Cik hidup mewah, rumah besar, kereta mewah, duit melimpah-limpah."

Tergerak hati aku "Adakah Allah menghantar insan ini sebagai peringatan kepadaku? Wallahu'alam."

"Tapi Zul.. hidup Pak Cik jauh dari masjid. Solat Pak Cik tunaikan tapi jarang ke masjid, Pak Cik cari kemewahan. Pak Cik dapat kemewahan."

Suatu hari, sedang Pak Cik Roslan di tapak pembinaan memantau projek bernilai berjuta-juta ringgit. Pak Cik Roslan diserang sakit jantung. Dikejarkan ke hospital. Terlantar sepuluh hari.

Sesudah keluar daripada hospital, kerja projek disambungnya. Projek pula bertukar ganti dan Pak Cik Roslan bertambah mewah.

Sekali lagi Pak Cik Roslan diserang 'stroke' terjatuh terlantar. Dadanya dibedah untuk dibuat 'bypass'. Nasib pakcik Roslan baik, 'stroke' tidak melumpuhkan dia.

Dua bulan Pak Cik Roslan berehat daripada bekerja. Dalam ketika itu, Pak Cik Roslan banyak menghabiskan masa di negara Eropah untuk merehatkan diri.

Selepas itu, Pak Cik Roslan kembali beraksi.

"Ahh! Sakit tu kekadang saja. Pakai duit pun tak banyak.. yang penting harta kena ditambah semula." Enak kata hatinya.

Pada hari pertama di pejabat, sebelum pulang, Pak Cik Roslan merasa pelik, kerana pejabatnya kosong. Mana perginya kakitangan beliau? Walhal, sebentar tadi sahaja masih ramai orang bekerja.

Tidak hiraukan perkara itu, Pak Cik Roslan melangkah ke pintu keluar pejabatnya. Sampai sahaja di tengah-tengah pejabat, 'stroke' datang menjengah lagi!

Suatu suara datang membisikan pada telinganya,

"Satu juta tak cukup.. dua juta tak cukup.. sepuluh juta tak cukup.. sekarang siapa mahu tolong? sepuluh juta boleh tolong?"

Suara itu jelas dan amat lancar. Tetapi bukan datangnya daripada mana-mana manusia pun. Tiada seorang pun berada di situ. Wallahu'alam.

Pak Cik Roslan jatuh kejang di atas lantai, terbaring.. kakinya kejang, tangan menarik-narik bajunya sendiri. Wajahnya pucat.

Pak Cik Roslan cuba menghubungi ambulan untuk mendapatkan bantuan. Malangnya gagal, apabila telefon bimbit yang tercanggih dibelinya, termahal dan termewah. Tampak segak bergaya dan mewah sekali telefon bimbit itu. Namun, satu punat pun Pak Cik Roslan tidak berjaya menekannya.

Anggaran tiga hingga empat jam selepas itu, barulah pekerjanya menyedari akan keadaan Pak Cik Roslan dan dia dikejarkan ke hospital.

Mengikut cerita pekerjanya, sepanjang hari sememang-memangnya pejabat itu begitu ramai orang dan ketika kejadian menimpa Pak Cik Roslan pun, pejabat sebenarnya masih belum kosong.

Rakaman CCTV juga menunjukan pejabat tidak sesekali kosong. Bayangan Pak Cik Roslan berjalan menuju pintu keluar dan jatuh begitu jelas. Namun, dengan kuasa Allah, Pak Cik Roslan tidak nampak sesiapa dan tiada sesiapa nampak Pak Cik Roslan jatuh.

Sejak daripada peristiwa itu, Pak Cik Roslan insaf dan sedar. Kini, Masjid Negara adalah rumah keduanya. Dia tidak lagi bekerja dan banyak menghabiskan hidupnya dengan menimba ilmu agama dan beribadah kepada Allah.

"Zul.. tak guna duit ada berjuta.. duit tak tolong bila kita susah.. apa guna ada rumah besar tapi tidak menjadi tempat tidur dan rehat, tidur hotel pula, apa guna kereta mewah dan besar tetapi tak boleh 'drive' sendiri dan bila mati tak pula naik kereta tu semua, apa guna ada duit dan mewah tapi tidak hidup bekeluarga."

"Apa yang penting Zul.. adalah ilmu kerana dengan ilmu kita kenal Allah dan agama.. daripada situ kita mohon rahmat dan berkat."

Pak Cik Roslan kini mengambil diploma dalam Pengajian Islam kerana kuliah di masjid terlalu perlahan untuk dia menimba banyak ilmu yang telah lama kosong dari dalam dirinya.

Kepada Pak Cik Roslan, terima kasih kerana berkongsi cerita dengan saya dan menjadi pengajaran yang amat besar bagi saya. Izinkan saya berkongsi cerita ini agar semua orang dapat memanfaatkan pengajarannya. Pak Cik Roslan, telah lama kita tidak bertemu. Semoga Allah memberikan rahmat dan hidayah-Nya kepadamu.

Pertemuan kita sekejap tetapi amat mahal harganya. Syukur kepada-Mu Ya Allah. Alhamdulillah.

- Artikel iluvislam.com

Sumber Grafik: Google Image

Biodata Penulis

Zulakmar Hazwan merupakan seorang perunding kejuruteraan yang banyak berkongsi ilmu daripada pengalaman, pemerhatian serta pemikiran. Sambil merantau dari satu negara ke satu negara kerana tugasan kerja, turut mencatat nota dan menulis untuk berkongsi apa yang difikirkan dan dialami untuk dimanfaatkan bersama. Turut berkongsi hasil penulisannya di notafikir.com.

Tip Dan Panduan Pengiklanan di Internet

Artikel kali ini sedikit teknikal dan tahap pertengahan (intermediate). Namun saya cuba menerangkan dengan tulisan yang mudah difahami..

Salah satu cara mendapatkan trafik (pelawat) ke laman web perniagaan adalah dengan mengiklankan di mana-mana laman web yang mempunyai trafik yang tinggi.

Namun, di dalam keghairahan mengiklan itu, beberapa perkara perlu diambil perhatian agar kita tidak tertipu atau mengalami kerugian di dalam kos pengiklanan yang dikeluarkan. Seboleh mungkin, kita mahu mendapat hasil sekurang-kurangnya memperolehi pelawat ke laman web kita dari pengiklanan tersebut.

Istilah:

Pengiklan (advertiser) adalah pihak atau individu yang mengiklan. Anda adalah advertiser jika anda mengiklan di mana-mana laman web.

Publisher (Site Owner) iaitu pemilik laman web yang mengurus ruang pengiklanan di laman web beliau tersebut.

Di antara beberapa perkara penting yang perlu dititik-beratkan adalah:

1. Tanya pengiklan yang pernah mengiklan di laman web tersebut. Berapakah kadar purata trafik yang mereka perolehi dan juga conversion yang berlaku. Data-data sebegini amat penting agar kita dapat membuat rumusan awal hasil yang akan kita perolehi kelak.

Di mana boleh bertanya? Ada beberapa cara:

  • Lihat iklan di laman web tersebut dan masuk ke laman web pengiklan itu dengan klik pada iklan mereka. Kemudian dapatkan maklumat komunikasi seperti emel untuk menghubungi mereka bagi membuat pertanyaan seperti pengalaman mereka mengiklan di laman web tersebut.
  • Bertanya di dalam forum komuniti (seperti wangcyber.com). Ada dua kaedah: (i) Buka thread pertanyaan, (ii) Gunakan fungsi Private Message untuk menghubungi ahli forum yang dirasakan boleh menjawab atau pernah mengiklan di laman web tersebut.

2. Minta pihak laman web tersebut memberikan screenshot statistik trafik untuk beberapa bulan yang lepas termasuk bulan yang terkini. Ini wajib. Kalau mereka tidak mahu dedahkan, elakkan mengiklan. Kemungkinan besar mereka tidak akan berlaku jujur. Melihat statistik juga membolehkan kita menilai harga yang mereka kenakan sama ada ia berbaloi atau tidak.

Kita perlu melihat statistik harian & bulanan. Tidak boleh sekadar melihat trafik yang terkumpul. Sebagai bakal pengiklan, kita perlu mempunyai beberapa maklumat terlebih dahulu sebelum membuat bayaran bagi mengiklan di sana. Kita umpama pelabur di mana kita perlu merujuk prospektus atau maklumat berkaitan sebelum membuat keputusan untuk melabur wang.

Contoh screenshot trafik bulanan:

Statistik Bulan TertentuStatistik Bulan Tertentu
statistik smartusahaStatistik Bulanan

Di antara data-data lain yang juga boleh membantu:

  • Peringkat umur (range) dan jantina pelawat laman web tersebut. Ini penting agar pengiklanan kita berbaloi. Contohnya jika kita menjual produk untuk lelaki dewasa, tetapi laman web tersebut peratusan besarnya adalah kanak-kanak, maka sudah pasti pengiklanan produk itu adalah tidak sesuai.
  • Punca trafik. Mereka tidak perlu memberikan data yang spesifik kerana pihak publisher juga ada hak dalam sesetengah perkara. Cukup mereka berikan peratusan. Contohnya 60% dari enjin carian, 20% dari social networking websites (seperti Facebook.com atau Twitter.com) dan 20% secara direct/terus ke laman web. Mengetahui punca trafik itu akan memberikan kita ‘idea’ awal kehendak-kehendak atau ‘ragam’ bagi setiap trafik tersebut. Selain itu, kita juga boleh tahu kualiti trafik ke laman web publisher tersebut kerana ada sesetengah laman web menggunakan teknik yang sekadar menghasilkan trafik yang tidak berkualiti.

3. Minta pihak laman web tersebut memberikan testimoni pengiklan yang pernah mengiklan. Jika belum tiada, minta mereka meminta testimonial daripada pengiklan sebelum ini (jika ada). Cara ketiga ini hanyalah satu kaedah tambahan sahaja.

4. Semakan Anggaran Trafik

Walaupun mereka telah memberikan segala maklumat dan data, namun kita perlu mengesahkannya. Salah satu cara adalah dengan bertanya pengiklan yang pernah mengiklan. Namun untuk menguatkan lagi segala data yang ada, kita boleh melakukan sedikit semakan atau kajian sendiri:

(i) Gunakan Alexa.com: Masukkan URL laman web tersebut. Akan dipaparkan beberapa maklumat tertentu. Kadar ketepatan menggunakan cara ini bukanlah muktamad. Ia sekadar salah satu panduan (guideline) sahaja.

Contoh Alexa Blog SmartUsaha.com:

Alexa SmartUsaha.comAlexa SmartUsaha.com

Latihan: Cuba anda masukkan URL laman web terbesar di Malaysia seperti www.utusan.com.my, www.hmetro.com.my, www.harakahdaily.net dan lain-lain.

Di antara online tools lain yang boleh dicuba:

Atau boleh cari website tools yang lain dengan menaip website traffic checker di google.com.

(ii) Semak backlink. Semakin banyak backlink terutama dari pelbagai laman web, maka secara teorinya, semakin banyak trafik yang akan datang ke laman web tersebut. Backlink bermaksud link URL laman web itu di laman web lain.

Salah satu online tools yang boleh anda gunakan untuk semakan backlink adalah:

http://www.backlinkwatch.com

Anda boleh cari tools yang lain dengan menaip backlink checker di google.com.

Contoh backlink bagi blog smartusaha.com:

Jumlah Backlink Blog SmartUsaha.comJumlah Backlink

Catatan: Penilaian dari segi backlink hanyalah satu pilihan sahaja dan ia tidak wajib. Namun ia satu kelebihan. Jumlah backlink boleh menggambarkan sejauh mana kekuatan laman web tersebut.

Kesimpulan

Pengiklanan tidak boleh dilakukan begitu sahaja tanpa sebarang analisa dan persediaan awalan. Memang setiap perkara ada risiko, tapi kita perlu mengurus dan meminimakan risiko tersebut. Dengan beberapa kaedah di atas, semoga usaha pengiklanan kita tidak hanya sekadar usaha yang sia-sia.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, jangan serahkan segalanya kepada pihak publisher (pemilik laman web) yang membuka ruang iklan tersebut, melainkan anda sudah kerap mengiklan di sana atau sudah mengetahui hasilnya (results). Atau, laman web tersebut memang mempunyai reputasi yang tidak boleh dipersoalkan lagi.

Sumber: Smart Zul

Wednesday, October 12, 2011

Kitaran Jualan (4)

Setelah kita menyediakan penyelesaian kepada pelanggan, dan kini mula untuk mencadangkan pilihan terbaik untuk bakal pelanggan kita. Mencadangkan pilihan terbaik memerlukan kita sebagai penjual mengetahui produk yang terbaik bagi menyelesaikan permasalahan pelanggan kita.

Senario yang selalu kita hadapi bila berhadapan menu yang banyak apabila masuk dalam sebuah restoran. Soalan : “Emmm makan apa yang sedap di sini ? “. Jadi apabila berhadapan dengan situasi ini, peniaga seharusnya terlebih dahulu peka dengan soalan yang sering kali diajukan kepada kita. Pastikan jawapan yang diberikan benar-benar memberi panduan lengkap bagi memuaskan hati pelanggan.

Untuk menjawab soalan ini, pastikan cadangan yang diberikan haruslah mempunyai kualiti produk yang tinggi dan menjadi kegemaran orang yang datang ke kedai kita. Dan tidak mustahil barangan yang mendapat permintaan tinggi agak istimewa dan harga berlainan daripada yang lain.

Jangan jadikan situasi ini sebagai batu loncatan untuk mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Jika pelanggan mengetahui situasi ini, maka mereka tidak lagi berlanggan dengan kita pada masa akan datang.

Kitaran Jualan (3) - Berikan Penyelesaian

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah pelanggan. Setiap seorang daripada kita membeli atau menggunakan perkhidmatan bukanlah tanpa tujuan. Tetapi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan itu sendiri.

Apabila kita menghampiri bakal pelanggan ataupun pelanggan itu sendiri datang ke premis perniagaan kita bermakna mereka sedang dalam proses menyelesaikan permasalahan mereka.

Oleh yang demikian, semasa memberikan penyelesaian melalui perniagaan kita, beberapa perkara yang harus diambil kira sebagai memastikan perjalanan perniagaan kita dan urusan oleh pelanggan berjalan lancar.

Antara yang menjadi persoalan utama ialah berikan bantuan / perkhidmatan perniagaan dengan cekap, pantas, berhemah, jujur serta profesional. Jadikan urusniaga perniagaan anda suatu penyelesaian perniagaan yang disenangi oleh pelanggan.

Berikan penerangan dengan mudah dan senang difahami oleh pelanggan. Jadikan urusniaga perniagaan anda suatu yang mudah dan ringkas. Pelanggan datang kepada peniaga untuk menyelesaikan masalah bukanlah menambah masalah yang diberikan oleh anda sebagai peniaga.

Seterusnya jadikan komunikasi dalam urusniaga ini dalam suasana yang harmoni. Kadang-kadang ada golongan pelanggan yang datang dengan keadaan yang agak tidak menyenangkan. Anda perlu sabar dan bawakan situasi urusniaga dalam suasana yang aman tanpa perbalahan.

Kitaran Jualan (2) -Mengenali Masalah / Keperluan Pelanggan

Pelanggan adalah manusia. Kita semua juga adalah pelanggan yang membeli / menggunakan perkhidmatan antara satu sama lain. Oleh yang demikian apakah pelanggan inginkan dalam kehidupan mereka? apakah masalah yang sering dihadapi oleh golongan pelanggan bagi memenuhi keperluan mereka?.

Untuk itu, kita sebagai usahawan perlu sentiasa peka terhadap apa yang pelanggan inginkan bagi memenuhi keperluan dalam hidup mereka. Dalam senario ini kita boleh bahagikan keadaan waktu bila pelanggan memerlukan produk anda.

Dalam masa beberapa jam lagi, mungkin perut anda lapar dan tekak berasa dahaga. Oleh yang demikian kita memerlukan makanan dan minuman pada setiap masa. Berbanding dengan pakaian, setiap hari kita hanya memerlukan 1 jenis pakaian untuk bekerja, maka kita tidak perlukan untuk membeli pakaian setiap jam.

Berbanding telefon, bekalan air dan elektrik sudah menjadi keperluan pada zaman kini, maka sudah tentu kita memerlukan penggunaan bekalan ini pada setiap masa yang diperlukan. Kita gunakan tenaga ini apabila diperlukan dan menutupnya jika tidak perlu lagi. Dan apabila diri terasa inginkan suasana percutian, kita memerlukan tiket penerbangan, hotel, kenderaan, pemandu pelancong dan berbagai keperluan untuk bercuti. Untuk itu kita memerlukan produk percutian ini hanya apabila saat yang diperlukan.

Boleh dirumuskan, sesuatu produk itu akan dicari oleh pelanggan apabila sudah sampai masanya diperlukan. Namun ada juga produk yang perlu di “beli” atau digunakan frasa didaftarkan sebelum saat diperlukan. Ini merujuk kepada produk perlindungan takaful kerana kita perlu mencarum pelan takaful sebelum musibah datang melanda. Kerana pada saat ini kita amat memerlukan sumber kewangan.

Kitaran Jualan (1)

Repetition is a mother of learning

Mengulangi pembelajaran yang sama dengan sudut pandangan yang lain akan memberikan kefahaman yang mendalam kepada pelajar. Kita sebagai usahawan tidak boleh berhenti daripada proses pembelajaran. Begitu adalah pesanan seorang ahli motivasi dalam ceramah yang dihadiri oleh penulis beberapa minggu dahulu.

Proses kitaran jualan adalah sangat penting dalam kerjaya seorang usahawan. Dalam hal ini kita sebagai CEO perlu mengambil berat dalam proses ini kerana ia melibatkan proses keseluruhan sebuah syarikat.

Apa yang kita perlu ketahui, kelancaran perjalan syarikat agar prestasi syarikat dapat dinaikkan tahun demi tahun.

Berikut adalah kitaran jualan yang seseorang usahawan perlu tahu bagi memperbaiki prestasi perniagaan :

Kenali Masalah / Keperluan

Berikan Penyelesaian

Pilihan yang Terbaik

Proses Belian

Proses Penghantaran

Kita akan kaji lebih mendalam berkenaan proses ini pada post akan datang.

Kitaran Jualan (5)

Setelah kita berjaya membuat kajian berkaitan permintaan serta kita wujudkan produk yang membantu permasalahan bakal pelanggan kita, maka proses seterusnya ialah pembelian.

Apabila pelanggan bersetuju untuk membeli produk/perkhidmatan yang disediakan, bermula dari situlah perniagaan kita mula berkembang. Seandainya kita berjaya menarik pelanggan datang lagi untuk berlanggan dengan kita maka lebih cepat lagi kita mampu untuk mengembangkan perniagaan kita.

Bagaimana kita mampu menarik pelanggan kita?

1.Menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Berikan senyuman walaupun pada mulanya hanyalah sebuah lakonan. Jika kita selalu lakukan, maka senyuman kita akan datang secara semulajadi.

2.Bersikap jujur. Jangan sesekali menipu dalam urusniaga kita. Jika pelanggan tahu akan sikap buruk ini, maka tidak mustahil nama buruk kita akan dijaja oleh mereka.

3.Berikan produk/perkhidmatan yang terbaik untuk kepuasan pelanggan. Semua pelanggan akan datang semula jika mereka berpuas hati dengan produk/perkhidmatan yang mereka telah gunakan. Mereka juga tidak segan silu mempromosi produk syarikat kita kepada rakan-rakan mereka.

Pendapatan hasil jualan yang diperolehi boleh menampung kos perjalanan perniagaan kita dan seterusnya membantu meningkatkan keuntungan perniagaan. Semakin banyak jualan syarikat kita, maka semakin banyak keuntungan yang perolehi

Menjadi Usahawan Bermula Dengan Hobi

Bukanlah fakta yang dongeng bahawa perniagaan biskut yang terkenal daripada Amerika Syarikat, Famous Amos hanyalah bermula dengan hobi. Hobi adalah satu pekerjaan yang dilakukan untuk mengisi masa lapang. Selalunya kita seronok melakukannya kerana ia memberi kepuasan dalam kerja yang dilakukan, lebih-lebih lagi jika ia secara tidak langsung memberikan pendapatan.

Kita lihat beberapa contoh bagaimana impak hobi boleh menjana wang. Contoh ini di ambil daripada StarBizWeek 23 April 2011.

Adelyn Koh memiliki syarikat menjual buku yang terpakai. Syarikat beliau Junk Book Store telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai kedai buku terpakai yang terbesar di negara. Bagaimana bermula cerita beliau?. Ia hanyalah bermula sebagai hobi suami beliau. Dia suka mengumpul buku-buku lama. Hinggalah suatu hari timbul idea untuk menjual buku-buku ini. Bermula dengan kedai kecil seluas 600 kaki persegi di Jalan Ampang kini syarikat beliau beroperasi di kedai 3 tingkat di Jalan Tun H.S. Lee (5 minit daripada Pasar Seni) dengan mempunyai 1 juta buku-buku lama. Dicatatkan terdapat stok buku yang diterbitkan pada kurun ke 19.

Manakala Ratnam seorang yang meminati Volkswagen Beetle 1967 suka “bermain-main” dengan kereta kegemarannya pada hujung minggu. Bermula dengan menukar minyak enjin serta membaiki brek, lama kelamaan beliau mencuba kepada kerja-kerja berat seperti “overhaul enjin”. Sehinggalah suatu hari seorang rakanya yang memiliki kenderaan yang sama meminta beliau membaiki kenderaannya. Ratnam tidak meminta bayaran kerana dia menganggap ini adalah satu pertolongan. Namun demikian rakan-rakan beliau memperkenalkan perkhidmatan Ratnam hinggakan mereka sanggup membayar kerja Ratnam sendiri. Kini walaupun sudah bersara daripada kerja asal, Ratnam menjadikan kerja membaiki Wolkswagen Beetle adalah penjana pendapatan beliau.

Khalid yang berumur 32 tahun daripada Terengganu bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak professional. Namun takdir menentukan bahawa tugas sebagai guru adalah punca rezekinya. Namun demikian minat terhadap bola sepak masih mendalam. Sebagai guru beliau mempunyai banyak masa lapang. Bermula pada cuti hujung minggu, beliau membuka kelas latihan bola sepak percuma kepada kanak-kanak di kawasan kejiranan beliau. Lama kelamaan kumpulan ini semakin membesar. Bagi beliau duit bukanlah perkara pokok, yang utama melakukan kerja yang beliau minati adalah kepuasannya.

Ini adalah sebahagian contoh-contoh perniagaan yang bermula sebagai hobi di masa lapang. Perkara utama dalam memberikan hasil kerja yang terbaik adalah minat terhadap kerja yang dilakukan.

Sumber:Bina usahawan.com

Simpanan Daripada Pendapatan

Ada dua perbandingan yang boleh kita renungkan apabila melihat dua individu yang menguruskan simpanannya.

Encik A : Pendapatan RM10,000, Simpanan RM500

Encik B : Pendapatan RM5000, Simpanan RM500

Jumlah simpanan yang sama, namun Encik A hanya dapat menyimpan 5% daripada pendapatan beliau berbanding Encik B berjaya menyimpan 10% daripada gajinya.

Walaupun mempunyai pendapatan separuh daripada gaji Encik A, untuk jangkamasa panjang, Encik B mampu menyamai simpanan dengan Encik A.

Bagaimana Encik B boleh membuat simpanan begini.

Apa yang boleh dikaji, Encik B mengawal perbelanjaan daripada gaji bulanannya. Dia tidak memandu kereta yang terlalu mahal, makan di restoran yang sederhana, dan tidak membeli menggunakan kad kredit melebihi kemampuannya.

Manakala Encik A, memandu kereta yang mahal, selalu makan di restoran ternama dan menggunakan kemudahan kredit untuk membeli tanpa berfikir panjang. Ini mengakibatkan beliau menghadapi sindrom perbelanjaan yang banyak menghampiri jumlah gajinya.

Ini adalah contoh mudah bagaimana keinginan untuk berbelanja berlebihan akan menggugat keupayaan untuk menyimpan. Walaupun gaji kita besar ini tidak bermakna kita boleh berbelanja tanpa kawalan. Pada akhirnya perbezaan kekuatan kewangan antara individu bukanlah diukur dengan pendapatan tetapi bagaimana di berjaya membuat tabungan.

Pengurusan Dana Persaraan

Simpanan dalam pelbagai instrumen pelaburan yang memberikan pulangan yang baik adalah satu perancangan kewangan yang wajar. Sebaiknya mulakan dengan konsisten sejak mula-mula lagi melangkah ke alam pekerjaan. Oleh yang demikian kita sudah mempunyai tempoh yang panjang untuk menyimpan. Berbanding jika kita baru memulakan simpanan pada 2-3 tahun sebelum umur bersara, maka pendeklah tempohnya.

Menyimpan dalam institusi pelaburan yang mempunyai pulangan yang besar lebih baik daripada menyimpan dengan institusi yang memberi sedikit pulangan. Ini bermakna wang anda bekerja keras dan memberikan gaji kepada anda dengan jumlah yang lebih. Dan sudah tentunya pastikan tempat simpanan anda di iktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai institusi pelaburan yang sah.

Menyimpan untuk dana persaraan bermakna menyimpan untuk kegunaan pada usia emas. Jadi harap maklum bahawa segala perbelanjaan semasa perlulah diambil daripada akaun kegunaan semasa sahaja. Walau apapun yang terjadi jadikan akaun simpanan persaraan adalah untuk masa depan anda sahaja. Tiada kaitan untuk kegunaan masa kini.

Bagi individu yang memulakan simpanan pada usia muda, maka tempoh yang panjang sebelum usia persaraan berbagai-bagai situasi akan datang. Maka persiapkan diri dengan segala jangkaan yang kita tidak sangka datang menimpa. Kematian, cacat kekal, sakit kritikal mahupun kemalangan adalah antara risiko yang dimaksudkan. Simpanan yang mempunyai elemen perlindungan kewangan disamping menyediakan pulangan yang lumayan adalah cara terbaik dalam salah satu penyediaan dana simpanan anda kelak.

Serius Untuk Menyimpan

Dalam merancang persediaan keperluan kewangan semasa persaraan, adakah kita betul-betul berdisplin dalam membuat simpanan. Adakah kita serius untuk menyimpan. Adakah kita hanya terikut-ikut rakan lain yang sama-sama menyimpan tetapi hakikatnya kita mengeluarkan kembali simpanan pada tengah bulan. Jangan jadikan budaya menyimpan sebagai ikutan tanpa mengetahui matlamat yang sebenar.

Persoalan ini yang kita perlu ingat mengingati antara satu sama lain betapa perlunya budaya menyimpan. Tetapi penulisan kali ini bukan hanya menyentuh budaya menyimpan, tetapi kita perlu fikirkan adakah simpanan kita itu benar-benar memberi keuntungan.

Sebagai contohnya, kita menyimpan RM1 juta sebagai tabung persaraan dalam akaun simpanan. Hanya berbekal dividen tidak sampai 1% setahun, kita hanya dapat nilai hampir RM10 ribu setahun. Dengan anggaran inflasi 3% setahun, maka nilai semasa wang kita tidak akan memberi keuntungan apa-apa dalam simpanan kita. Malah nilai ia akan mengecil sedikit demi sedikit.

Dalam situasi ini maka perlunya kita untuk membuat pelaburan yang akan memberikan pulangan yang tinggi berbanding kenaikan inflasi. Kini ramai yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelaburan. Akibat pengetahuan luas, namun sering kali ramai individu yang masih mengikut kehendak nafsu untuk menyertai skim pelaburan yang tidak mendapat kelulusan kerajaan.

Oleh sebab itu sering kali muncul kisah-kisah individu yang tertipu dengan skim pelaburan yang kononya memberi pulangan yang lumayan. Hakikatnya ia adalah skim penipuan hanya mengaburi orang ramai dengan janji palsu. Justeru itu, kita seharunya perlu peka kepada pengetahuan pelaburan agar pelaburan yang ingin kita lakukan mestilah selamat dan tahu risikonya.

Sumber:Bina ushawan.com

Bina empayar perniagaan dari rumah

Bekerja di rumah bukan perkara asing lagi. Telah ramai menceburi bidang “pekerja bebas atau freelance” tanpa ragu-ragu mungkin disebabkan tiada pekerjaan tetap, menukar hobi atau baru berjinak-jinak dalam sesuatu perniagaan.

Apa yang anda harus faham tentang konsep bekerja dari rumah

1. Tidak semestinya melarang anda berjumpa dengan pelanggan.
2. Anda boleh memperagakan pejabat anda kepada pelanggan
3. Anda boleh membuat pelancaran atau pembukaan
4. Anda boleh bermesyuarat, bersosial sepertimana hari-hari bekerja dengan majikan.
5. Anda boleh berpenampilan menarik (bukanlah sekadar memakai baju kelawar atau kain pelekat)
6. Anda boleh memenangi tender dll
7. Anda boleh menampilkan bakat, kepakaran dan pengalaman kepada pelanggan
8. Anda berhak menentukan konsep perniagaan; bersemuka atau tidak bersemuka
9. Anda boleh menyaman pihak lain dan juga disaman
10. Anda bebas membuat keputusan
11. Anda bebas membuat polisi syarikat
12. Anda berhak merekrut pekerja (tempatan atau dari luar Negara)

Bermakna daripada senarai di atas, anda lah majikan, anda lah pekerja dan anda lah pentadbir. Walaupun rumah anda telah menjadi dua dalam satu, iaitu sebuah pejabat-rumahtangga, anda perlu lah memperkenalkan pejabat anda itu kepada masyarakat. Melainkan anda hanya menjadi agensi atau melakukan kerja sumber luar (outsourcing) seperti perundingan kepada syarikat lain, mungkin anda hanya memerlukan sebuah blog berdaftar atau website statik yang sekadar menyenaraikan perkhidmatan anda tanpa perlu interaktif, kecuali beremel sahaja.

Ciri-ciri umum memulakan pejabat atau ruang perniagaan di rumah.

Sukarkah hendak membina sebuah pejabat-rumahtangga anda? Tidak sesukar yang disangkakan jika anda telah menjadikannya pejabat yang sebenar-benarnya, iaitu tempat bekerja dan bukan tempat makan merangkap tempat bekerja, atau ruang rehat merangkap tempat bertemu pelanggan. Beberapa perkara perlu diteliti sebelum memulakan pejabat di rumah:

1. Ruang yang sesuai
-Untuk memiliki sebuah ruang yang selesa memerlukan pengorbanan. Adakah rumah anda cukup luas untuk dijadikan ruang terapi kecantikan?Adakah ruang tersebut sekadar sesuai untuk seorang penulis menulis artikel atau buku-buku? Adakah anda perlu merenovasi ruang lain khusus untuk dijadikan pejabat? Anda tentu pernah menonton filem Anak Bapak. Pada zaman itu Tan Sri P.Ramlee sudah menyerlahkan idea tentang konsep pejabat di rumah.
-Selain sesuai, adakah laluan ke pejabat anda itu (sekiranya anda perlu bertemu pelanggan, bermesyuarat dengan pihak tertentu dll) berasingan? Tidak professional sekiranya pihak luar terpaksa memasuki pintu ruang tamu anda, kemudian melalui bilik-bilik tidur untuk ke ruang mesyuarat.

2. Kelengkapan pejabat atau pusat perniagaan anda
Ini bergantung pada jenis perkhidmatan yang ditawarkan. Jika anda membuka salon kecantikan mini, sebagaimana diketahui sudah tentulah harus memiliki pengering rambut, kelengkapan untuk mencuci rambut, troli, perabot untuk menggunting rambut. Perlu diambil kira, adakah kesemua ini sekadar ada atau benar-benar boleh menatarias rambut dan gaya seseorang insan? Jika hanya boleh menggunting rambut, tetapi pelanggan terpaksa pula ke salon lain untuk mencuci atau mewarnakan rambutnya, dinasihatkan anda jangan berani-berani membuka sebuah salon kecantikan.

Bagaimana mempromosi pejabat atau ruang perniagaan di rumah?

Walaupun beroperasi dari rumah, kita hendaklah sentiasa kelihatan professional dan benar-benar memenuhi citarasa pelanggan. Walaupun anda sekadar seorang penulis amatur, anda boleh mempromosikan ruang bekerja anda bagi menarik perhatian pelanggan.Caranya:

1. Promosi dengan menggunakan blog. Protokol blogspot, wordpress dll sudah menjadi kelaziman. Lebih baik, anda memiliki domain berbayar anda sendiri.Anda lah pemiliknya, anda juga lah yang berhak mempamerkan gambar-gambar ruang kerja anda, testimonial pelanggan, sampel kerja atau berinteraksi dengan pembaca blog.

2. Promosi konvensional seperti mengirimkan brosur, fliers, menampal banner, bunting atau jika anda bermodal, mungkin membina sebuah papan tanda kecil lebih menjimatkan dalam jangka masa yang panjang.

3. Promosi besar-besaran seperti di media elektronik dan cetak.

4. Promosi rangkaian sosial seperti di Facebook, Tagged, Twitter dll.

5. Promosi di forum-forum pembaca

6. Promosi lebih konvensional dengan membuka boost sebagai hari bertemu pelanggan.

7. Paling penting, dari segi daya tarikan perniagaan dari rumah. Anda haruslah membuktikan kepakaran anda dalam bidang perniagaan yang anda ceburi.

Rasanya dalam keenam-enam cara promosi di atas, ramai yang sudah tahu tetapi bukan semua orang mempraktikkannya. Malah ada yang masih rasa kabur dan mula berputus asa.Janganlah begitu. Sekecil-kecil tips kadang kala orang lupa dan alpa tetapi jika anda tidak mula bertindak, ibarat anda hanya berangan-angan seperti Mat Jenin.

Pejabat Maya Pilihan Mudah Memulakan Perniagaan dari Rumah

Berhenti kerja atau tiada pekerjaan bukan satu masalah berat. Jadi lah pekerja bebas atau freelancer yang mampu melakukan apa sahaja pekerjaan halal. Freelancer melakukan kerja outsourcing dan memberi sumbangan kepada kebanyakan institusi dan masyarakat.

Berniaga dari rumah juga pekerjaan bebas yang menguntungkan tanpa menganggu rutin seharian kita. Kita lebih bebas berurusan, bebas dari segi tanggungan overhead dan kita tidak perlu memikirkan aset tetap seperti bangunan, staf dan sebagainya.

Anda berminat untuk memulakan perniagaan sendiri yang mudah dan ringkas? Artikel kali ini ingin memberi idea tentang pejabat maya atau virtual office.

Dalam perniagaan, sekurang-kurangnya kita memiliki sebuah tempat untuk bekerja dan berurusan dengan orang ramai. Jika kita kurang mampu memiliki aset tetap sebuah pejabat dengan staf, maka pejabat maya lah pilihan paling mudah dan tepat.

Apakah pejabat maya atau virtual office?

Merupakan pejabat atau pusat perniagaan yang boleh disewa secara maya atau dalam talian,dilengkapi dengan staf seperti penyambut tetamu, kerani dan sebagainya, ruang pertemuan seperti ruang untuk mesyuarat, seminar dan sebagainya, dilengkapi talian tetap telefon, fax, emel dan sebagainya. Sama seperti pejabat fizikal yang anda lihat di merata-rata tempat.

Cuma kita sebagai pemilik perniagaan akan menyewa alamat serta talian ruang maya ini bersama-sama kemudahan yang disediakan di dalamnya. Di mana-mana sahaja pusat perniagaan maya yang kita inginkan. Malah, kita boleh memiliki pusat perniagaan sendiri di Australia, Amerika, London dan sebagainya. Itu terpulang pada pilihan kita dan apakah perniagaan kita memerlukan alamat di tempat-tempat di luar Negara?

Bagaimana hendak menyewa ruang pejabat maya ini?
Dengan hanya satu klik, dan transaksi ke akaun syarikat yang menyediakan khidmat sewa tersebut, contohnya di Malaysia anda boleh melayari laman ini untuk keterangan lanjut: http://www.regus.com.my/

Apakah kebaikan pejabat maya? Antaranya:

1. Pemilik perniagaan tidak menanggung kos tetap (overhead) seperti gaji pekerja, sewaan ruang komersil dan sebagainya. Sebaliknya, pemilik perniagaan mampu memiliki cawangan di merata-rata tempat di seluruh dunia dan ini memudahkan urusan di dalam dan luar Negara.

2. Hebahan tentang perniagaan lebih meluas kerana klien akan melihat taburan perniagaan kita di kawasan-kawasan yang berprestij tinggi, misalnya anda boleh memiliki perniagaan di KLCC, Bukit Jalil Golf and Country Club dan sebagainya.

Ini menaikkan nama perniagaan kita, di samping urusan pertemuan dengan klien lebih mudah dan lebih profesional. Contohnya, biasanya nama perniagaan kita juga boleh disenaraikan secara langsung di SuperPages dan lain-lain. Ini bergantung pada pekej penyewaan yang disediakan.

3. Komunikasi di antara pemilik perniagaan dengan klien lebih pantas. Ini disebabkan pejabat maya dilengkap semua kemudahan seperti penyambut tetamu, telefon, faks dan sebagainya yang akan menyokong urusan perniagaan dengan lebih pantas, mudah walaupun pemilik perniagaan tersebut tidak pernah ditemui walaupun sekali. Pemilik perniagaan lebih selesa kerana urusan tempahan misalnya selesai lebih awal daripada menyuruh klien mencari alamat dan datang ke kedai kita dari jauh.

4. Amat sesuai bagi menjalankan perniagaan yang kurang memerlukan ruang penyimpanan seperti pakaian, makanan dan sebagainya. Terutamanya sesuai bagi perniagaan perundingan seperti penterjemahan, agensi-agensi, pengajaran (tuisyen dirumah (home tuition), perundingan kewangan dan lain-lain lagi. Atau dalam erti kata lain, kita menjalankan kerja outsourcing kepada syarikat lain.

Apakah kelemahannya?

1. Jika memiliki ruang perniagaan di luar Negara, pemilik perniagaan terpaksa juga mengeluarkan modal penerbangan atau menanggung bil talian untuk berurusan dengan klien di luar kawasan mastautinnya.

2. Ketidakpercayaan klien. Klien mungkin inginkan pertemuan secara bersemuka dengan pemilik perniagaan setiap kali berurusan dan bukan sekadar mengetahui kewujudan sebuah perniagaan maya.

3. Kelihatan kurang professional kerana kita sebenarnya berkongsi ruang perniagaan tersebut dengan pemilik perniagaan yang lain. Walau bagaimanapun, kita tetap tuan punya alamat, papan tanda serta talian telefon, faks dan sebagainya yang dikhususkan untuk syarikat kita sahaja. Cuma pengurus pejabat maya sememangnya perlu menguruskan jadual pertemuan syarikat-syarikat penyewa (sekiranya ada mesyuarat atau temujanji) dengan bijak dan cermat.

Jadi, apakah pilihan anda?

Sepertimana peribahasa menyatakan, “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”. Mudahnya, jika kita baru hendak bertatih dalam perniagaan, sedangkan kita kekurangan modal tetapi luas pengalaman dan kepakaran, saya mencadangkan kita mulakan dari titik yang kecil seperti pejabat maya. Langkah pertama biasanya akan merangsang langkah baru yang lebih besar. Semoga anda berjaya.

Monday, October 3, 2011

Trump Tower – Elemen Penjenamaan (Part II)

Artikel kita kali ini adalah ulasan lanjut tentang dua lagi elemen penjenamaan. Sambungan daripada elemen penjenamaan yang telah dibahaskan, dalam artikel Trump Tower : Kajian Penjenamaan -Elemen Penjenamaan Bahagian 1.

Seterusnya, elemen ketiga penjenamaan yang dipratikkan Trump untuk Trump Tower ini, seperti yang digariskan oleh firma penjenamaan Mango Jar Multimedia dari Kanada itu adalah Fon (tulisan) Identiti. Mungkin ini persoalan remeh yang terlalu jauh untuk kita fikirkan.

Walaupun begitu, bayangkan jika kita mencipta logo, membuat tanda dagangan, tanda perniagaan premis, kad perniagaan dan sebagainya yang mempunyai tulisan yang sukar untuk dibaca, dan gagal difahami dengan cepat dan tepat. Apakah kesannya ke dalam minda pasaran?

Menurut John Cantwell :

“Meletakkan perkataan TRUMP TOWER di pintu masuk menara tersebut dengan semua huruf besar, dan direkabentuk keemasan adalah satu perkara yang amat signifikan sebagai pemacu, untuk pertumbuhan penjenamaan beliau sendiri dan projeknya pada masa akan datang.

Perkataan TRUMP TOWER di pintu masuk menara

Ia juga penting untuk menandakan kewujudan identiti jenama Trump. Tanda penguasaan Trump di Fifth Avenue (Fifth Avenue adalah antara kawasan hartanah perbandaran bernilai tinggi di New York), dan satu isyarat akan kebangkitan bangunan–bangunan baru yang estetika dan berpengaruh kelak.

#4 – Fon Identiti

Elemen penjenamaan dengan Fon Identiti ini ada kaitan dengan apa yang selalu kita lihat di Malaysia. Antara contoh yang ketara adalah kempen pemasaran antara syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom. Kita boleh lihat Celcom dengannya akan mempamerkan iklan-iklannya dengan bunting atau kain rentang yang tertera “Ini Wilayah Celcom”

Penggunaan fon 'Ini wilayah Celcom'

Fon Identitinya ditulis dengan huruf besar bewarna putih, dan berlatar belakang warna korporat iaitu biru muda. Logo perniagaan iaitu logo seekor burung dengan perkataan Celcom biasanya akan diletakkan di bawah, dalam saiz yang lebih kecil untuk pengiklanan Fon Identiti –“Ini Wilayah Celcom”.

Penggunaan elemen Fon Identiti mampu menyerap ke dalam minda pasaran secara halus tanpa disedari. Contoh lain kejayaan Fon Identiti adalah McDonald, dengan mengekalkan perkataan ‘Mc’ untuk hampir semua produk istimewa restoran makanan segera tersebut.

Pengekalan fon identiti 'Mcdonald'

Pengekalan Fon Identiti ‘Mc’ pada produk menjadikan pengiklanan dan kempen pemasaran McDonald lebih berjaya, kerana pelanggan sentiasa terdedah dengan fon ‘Mc’. Tidak kira menonton televisyen, membaca surat khabar dan majalah, dalam perjalanan dan sebagainya. Perkataan ‘Mc’ dapat ditangkap dengan segera oleh mata dan dibawa ke minda.

Inilah antara contoh elemen penjenamaan dengan Fon Identiti. Trump melakukannya untuk Trump Tower, dan anda boleh melakukannya untuk produk dan servis anda.

#5 – Imej Identiti

Huraian terakhir dalam perkara elemen penjenamaan Trump ialah Imej Identiti. Namun perkara ini telah dibahaskan dalam artikel ke empat dahulu bertajuk Identiti Trump Tower New York. Maka, saya tidak akan mengulasnya lagi di sini. Anda digalakkan untuk merujuknya semula dalam senarai entri Majalah Niaga ini.

Donald J Trump berjaya mewujudkan jenama yang kukuh pada hari ini bukan kerana beliau seseorang yang terkenal. “Seseorang yang terkenal” pada dirinya dan jenamanya sekarang adalah satu adunan pelbagai pengetahuan, dan strategi seperti yang telah diterangkan dalam semua artikel di Majalah Niaga sejak artikel pertama lagi.

Trump Tower yang menjadi kajian kes dalam semua siri artikel ini hanyalah sebagai pencetus inspirasi penjenamaan buat kita semua. Kerana dari Trump Tower New York inilah Trump mula dikenali.

Artikel seterusnya nanti adalah penutup untuk musim pertama siri penjenamaan Donald J Trump ini. Kita akan sama – sama melihat tip khusus yang diberikan oleh Trump dalam membina jenama.

Sebaik tamat musim pertama penjenamaan, saya akan membawakan anda berkenaan minda positif Donald J Trump, iaitu seperti apa yang selalu dilafazkannya “ Think Big!!

Sumber: Majalahniaga.com

5 Elemen Penjenamaan Trump Tower

Menurut firma penjenamaan Mango Jar Multimedia yang berpangkalan di Kanada, jenama harus mempunyai elemen–elemen penjenamaan yang terdiri dari :
  1. Slogan atau tagline
  2. Warna identiti
  3. Fon identiti
  4. Imej identiti

#1 – Slogan atau Tagline

Trump Tower tidak mempunyai slogan khusus. Tetapi sebelum membina Trump Tower, Trump telah mempamerkan slogan The Trump Organization secara tidak langsung dalam kebanyakan projek-projek beliau, seperti Grand Hyatt Hotel dengan kemewahan dan keunggulan.

Hyatt Regency Hotel

Apabila projek Trump Tower dibuka untuk jualan unit-unit apartment, ia tidak menjadi masalah kepada Trump kerana bakal pembeli telah tahu tentang tagline tidak rasmi The Trump Organization, iaitu kemewahan dan keunggulan.

Berdasarkan situasi ini, tidak hairanlah jika Trump Tower mendapat sambutan hangat dari selebriti dan orang kenamaan di kota New York tersebut.

#2 – Warna Identiti

Elemen kedua yang dinyatakan ialah warna dentiti. Warna identiti berkait rapat dengan visi pemilik jenama, baik individu atau secara berkumpulan seperti syarikat. Di mana visi yang ada dalam impian dan perancangan mereka akan cuba diterjemahkan secara tidak langsung dengan warna identiti.

Warna identiti Donald Trump

Trump yang sukakan sesuatu bercirikan kemewahan, klasik serta eksklusif memilih warna keemasan untuk Trump Tower yang pertama ini. Visinya diterjemahkan tepat dalam produk ( Trump Tower) yang beliau rancangkan menjadi asas kepada penjenamaan The Trump Organization.

Kesannya luar biasa. Sejak terdirinya Trump Tower New York ini, Trump Organization meniti kejayaan demi kejayaan dengan mengambil alih banyak projek hartanah lama dan kurang sambutan, menjadi projek hartanah yang bernilai tinggi.

Contoh perubahan yang beliau lakukan adalah ketika mengambil alih Delmonico Hotel menjadi Trump Park Avenue. Delmonico Hotel dibina pada pada tahun 1929 dengan nama Viceroy Hotel.

Beliau membeli hotel ini dengan harga USD115 juta dan kos pengubahsuaian USD80 juta. Hari ini, beliau memperoleh keuntungan berlipat kali ganda, dengan penjenamaan Trump Park Avenue yang eksklusif dan elegan ini.

Untuk kita, dua elemen yang dinyatakan tadi wajar dipertimbangkan apabila ingin memulakan penjenamaan.

Tagline atau slogan yang ingin diletakkan sebagai sebahagian dari jenama perlu mempunyai beberapa ciri berikut. Antaranya adalah:

Air Asia, Now Everyone Can Fly

  • Ringkas, padat tetapi menarik untuk ditangkap oleh mata dan kekal dalam minda prospek. Contohnya AirAsia : Everyone Can Fly.
  • Mudah dingati dan senang difahami maksud yang ingin disampaikan. Mempunyai kata-kata yang berkaitan dengan produk utama.
  • Contohnya: HSBC Bank: Bank Sedunia Memahami Hasrat Setempat. Kata kunci “Bank”. Iaitu produknya adalah bank dan tagline pula diletakkan juga perkataan “bank” supaya pengulangan di dalam minda berlaku.

Berkenaan Warna Identiti, kita boleh sesuaikan dengan visi dan kategori sasaran pengguna kita. Kita juga perlu membezakan antara warna kesukaan kita, dan warna perniagaan agar perniagaan kita mencapai matlamatnya. Bukan berdasarkan warna kesukaan peribadi semata-mata.

Kajian warna identiti Donald Trump

Hal ini biasa berlaku kerana kita suka menyatukan diri kita dengan perniagaan yang dijalankan, sehingga akibatnya kita menjadi pekerja kepada perniagaan kita.

Berbalik tentang warna identiti. Lambang produk dan servis boleh juga digambarkan melalui warna seperti Cikgu Razali Kamaruddin, salah seorang trainer didikan dengan programnya Easy Study.

Buku beliau terbitan PTS Publications & Distributors yang bertajuk Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak, mempunyai reka bentuk kaver yang ceria, dan berwarna warni untuk membolehkan sesiapa yang melihatnya tahu apa kandungan dan bentuk penyampaiannya. Ini bertepatan dengan sasaran pembacanya untuk pelajar 17 tahun ke bawah.

Jelas sekali penerapan elemen-elemen penjenamaan oleh Trump dalam pembinaan Trump Tower adalah satu strategi mantap pada peringkat awal, untuk pembangunan sebuah penjenamaan.

Mulakan membina jenama kita dengan apa jua nama bisnes dan servis pun tanpa menghiraukan apa yang dikatakan oleh orang lain.

Ingat 5 Rahsia Ini Sampai Bila-bila!

Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya... dan bagaimana anda tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka.
.
Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.
.
Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.
.
Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup anda akan berubah. Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!
.


Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan. Nampakkah anda masalahnya disini?

.
Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan. Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.

.
Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan. Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.
.~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti. Perbezaannya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit ke poket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.
.

Aset : Wang masyuk

Liabiliti: Wang keluar

.
Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka. Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

.
Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang!
Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan. Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianyamembawa kita kepada...

.
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
.

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

.
Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai di situ sahaja.

.
Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan. Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.

.
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit

..
Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik.

.
Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya. Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi. Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.

.
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
.
Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.
.
Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.
.
Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.
.
Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan seseorang.
.
Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.
.
Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara di atas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu. Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.

agaimana Membawa Masuk Pekerja Berbakat Dalam Organisasi

Meskipun kita hanya mengenali nama individu dalam syarikat-syarikat gergasi seperti Microsoft (Bill Gates), Apple (Steve Jobs) dan pelbagai lagi, namun pembangunan dan perkembangan syarikat ini tidak bergantung pada diri mereka seorang.

bill gates

Dalam satu temubual bersama Steve Jobs berkenaan rahsia syarikat Apple cepat berkembang, beliau memberitahu;

“Syarikat kami mempunyai pekerja yang berbakat dalam skil masing-masing. Ini adalah faktor utama syarikat Apple pantas berkembang.”

Penjelasan beliau memberitahu, sekiranya kita ingin membangunkan syarikat ke tahap yang lebih tinggi, maka salah satu faktor yang perlu diambil kira adalah mempunyai sebilangan kerja yang mempunyai bakat, mengikut bidang masing-masing.

Sebagai contoh, syarikat ABC Enterprise merupakan syarikat pembinaan laman web. Bagi mengembangkan perniagaan, pemilik syarikat perlu mencari pekerja yang berbakat dalam skil pengaturcaraan web, pereka grafik, dan sebagainya.

Pemilik syarikat tidak seharusnya menumpukan kerja-kerja produksi. Ini kerana tugas kita sebagai pemilik adalah fokus untuk mencapai visi dan misi, merangka strategi bagi membawa syarikat ke tahap yang lebih baik, dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Persoalannya, bagaimana untuk kita mencari sebilangan individu yang berbakat ini?

Hadir Ke Acara Rasmi (Networking)

Aaron Haris, pengasas dan ketua eksekutif Tutorspree menyatakan, untuk mencari pekerja-pekerja yang berbakat, kita perlu tahu di mana mereka berada. Salah satu contoh adalah menghadirkan diri ke acara-acara rasmi yang berkaitan dengan bidang pekerjaan kita.

hadir ke acara rasmi

Contohnya, sekiranya kita mencari pereka grafik laman web, kita boleh datang ke acara-acara yang memfokuskan pada bidang ini. Dari sini, kita dapat berkenalan dengan lebih ramai pereka grafik laman web.

Terdapat 5 fasa yang perlu dilakukan, sebelum menjemput mereka untuk menghadiri sesi temuramah kerja di syarikat kita:

  1. Menilai personaliti (pakaian, cara bercakap dan sebagainya).
  2. Menilai hasil kerja (portfolio klien-klien sebelum ini).
  3. Membina hubungan yang baik dengan mereka.
  4. Memberikan kad bisnes syarikat kita.
  5. Sekiranya kita berminat pada hasil kerja, terus jemput mereka untuk menghadiri temuramah kerja.

Cara ini lebih mudah untuk mempengaruhi mereka menyertai syarikat kita. Kita juga perlu memastikan penampilan kita baik, supaya mereka dapat menilai dari aspek yang positif ketika saat pertama berjabat tangan.

Melihat Hasil Kerja Rakan Sosial Di Facebook

Masyarakat tempatan lebih cenderung menggunakan Facebook, berbanding laman sosial yang lain seperti Twitter, Linkedin dan sebagainya. Justeru itu, kita boleh menggunakan peluang ini untuk mencari pekerja yang berbakat, tanpa perlu bersua muka.

berkomunikasi bersama pekerja melalui Facebook

Caranya mudah, apa yang kita akan lakukan adalah melihat setiap perkongsian mereka di Facebook. Dalam kes pereka grafik, rakan sosial di Facebook gemar untuk berkongsi hasil kerja mereka secara formal dan non-formal.

Kita boleh menilai hasil-hasil kerja mereka dengan menggunakan Facebook. Sekiranya kita berminat untuk menjadikan mereka pekerja tetap, hubungi sahaja mereka menggunakan fungsi ‘Message’ atau ‘Wall Post’.

Namun begitu, adakah kita dapat menjamin mereka akan berminat untuk memasuki syarikat kita?

Jawapannya, tidak.

Walau bagaimanapun, untuk mencerahkan lagi peluang bagi mempengaruhi mereka menyertai syarikat kita, kita perlu…

Menampakkan Kematangan dan Potensi Syarikat

Setiap pekerja mahu kepastian dan keselamatan, sebelum mereka membuat keputusan untuk menyertai kita. Mereka tidak mahu bekerja dalam syarikat yang tidak selamat, khususnya dari segi kewangan syarikat.

kerja berpasukan

Oleh itu, sentiasa cantikkan maklumat syarikat kita agar bakal pekerja kita dapat lihat potensi, dan kematangan syarikat. Dengan ini, bukan sahaja mereka yakin untuk bekerja dalam organisasi, malah ia akan memotivasikan diri mereka untuk menghasilkan kerja-kerja yang terbaik bagi menaikkan taraf syarikat.

Pekerja-pekerja berbakat ini juga cenderung untuk meninggalkan syarikat kita sekiranya tugasan mereka tidak diselaraskan dengan baik. Justeru itu, kita perlu pastikan skop kerja yang akan diberikan adalah berdasarkan skil utama mereka.

Adakah Bisnes Kita Memerlukan Pekerja?

Bagi yang menjalankan bisnes sederhana kecil, apakah kepentingan mempunyai pekerja dalam organisasi kita? Adakah ia dapat meningkatkan produktiviti kita atau sebaliknya?

Ketahui sama ada anda mampu menjadi seorang USAHAWAN!

Adakah dalam list anda yang anda terfikir untuk menjalankan PERNIAGAAN?!

Sekiranya jawapan anda 'Ya', anda berada di landasan yang tepat. Banyak yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan ini. Untuk berjaya dalam perniagaan, kita perlukan tanggunjawab keinginan dan kemahuan yang tinggi.

Langkah yang pertama, periksa hati anda. Adakah anda dah bersedia untuk memulakan perniagaan ini? Dan bukannya atas idea, arahan atau paksaan dari orang lain. Pastikan ianya mestilah dari hati sendiri.

Tiga persoalan yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan kecil-kecilan:
  1. Adakah anda ingin menjalankan perniagaan ini sendiri?
    Membuat semua keputusan dan bertanggungjawab sepenuhnya atas perniagaan anda
  2. Adakah anda sanggup bekerja keras dan berkorban untuk segala keperluan diawal perniagaan ini?
  3. Adakah anda mempunyai keyakinan diri dan displin diri?
    Dimana ia akan membuat anda bersungguh-sungguh dalam membina perniagaan sehingga berjaya.

Sekiranya anda menjawab 'TIDAK' pada semua soalan diatas, ini bermakna anda belum bersedia untuk membuat atau memulakan perniagaan.


Dan sekiranya anda memberi jawapan yang positif pada soalan-soalan tersebut, ini bermakna anda telah bersedia untuk berfikir dengan serius bagi memulakan perniagaan.

Ada beberapa sifat dan sikap yang membuat seseorang itu sesuai untuk menjalankan perniagaan ini yang berjaya berbanding dengan orang lain;
  1. Ketekunan, kegigihan dan ketabahan yang ada pada diri kita
  2. Keinginan yang kuat
  3. Kemahuan untuk mengambil inisiatif
  4. Bersifat bersaingan
  5. Percaya pada diri sendiri
  6. Kekuatan yang kuat untuk berjaya
  7. Keyakinan diri
  8. Kesihatan yang baik

Ikutilah nasihat yang diberikan oleh Warren Buffet, DUIT bukan segala-galanya. Untuk mendapat KEKAYAAN adalah hasil daripada kepercayaan pada DIRI SENDIRI dan cipta kejayaan.


DUIT diperlukan, bukan yang UTAMA dan jika meletakkan DUIT pada tempat yang pertama kita akan dibelenggu oleh masalah.

Berikut adalah pesanan daripada Warren Buffet (orang ketiga terkaya di dunia) ;


Warren Buffet



Stay away from credit cards and bank loans and invest in yourself. REMEMBER:
1: Money does not create man BUT it is the man who create money
2.: Live your life as simple as you are
3: Don't do what other people say, just listen to them, but do what you feel good.

-Warren Buffet
Related Posts with Thumbnails