BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN (BPP), PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Carian Maklumat Di Sini...
Google

BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN

Bahagian Pengajian Pengurusan adalah bahagian yang bertanggungjawab berkaitan dengan bidang keusahawanan di PERHEBAT. Bahagian ini menguruskan dua kursus latihan peralihan iaitu Kursus Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( 6 bulan) dan Kursus Peruncitan (6 bulan) serta menerapkan Nilai Tambah Keusahawanan (2 minggu) untuk kursus-kursus teknikal seperti automotif, binaan, perhotelan, katering dll.

Kursus Pembangunan Usahawan IKS adalah kursus latihan peralihan yang dapat membimbing bakal-bakal pesara tentera dalam ilmu keusahawanan selepas mereka bersara nanti. Banyak pendedahan dalam dunia keusahawanan diberikan agar mereka dapat menguruskan karier masing masing selepas tamat perkhidmatan. Tips dan rahsia perniagaan diberikan kepada mereka yang mengambil kursus IKS di PERHEBAT.

Tuesday, May 31, 2011

Usahawan jahitan pakaian


ZAMZARINA Sarip dan suami, Mohd. Mazlan Abd. Manaf di butik pakaian miliknya, Butik MZ Fashion di Seri Manjung, Perak. - UTUSAN/NORSHARUDDIN SAPIAN


MANJUNG 24 Mei - Daripada sekadar suka-suka menjahit pakaian untuk mengisi masa lapang, kini suri rumah, Zamzarina Sarip, 34, melatih pula orang lain menjadi usahawan jahitan pakaian.

Kira-kira empat tahun lalu, isteri kepada pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohd. Mazlan Abd. Manaf itu mula menerima tempahan menjahit pakaian dan langsir tingkap daripada jiran dan rakan terdekat.

Berikutan tempahan yang diterima semakin bertambah, Zamzarina mula terfikir untuk berniaga dan nekad membuka sebuah kedai jahit dengan berkongsi ruang bersama sebuah kedai gunting rambut pada kadar sewa sebanyak RM300 sebulan.

''Dengan bermodalkan kira-kira RM2,500 hasil upah jahitan yang dikumpul, saya akhirnya dapat membeli dua buah mesin jahit. Suami pula sentiasa memberi dorongan kuat hingga saya menceburkan diri sepenuhnya dalam perniagaan jahitan pakaian.

''Alhamdullillah, perniagaan kini semakin maju dan pada 2006 saya sudah buka butik pakaian hingga mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menawarkan beberapa siri kursus kepada saya.

''Setahun selepas itu, barulah saya tubuhkan syarikat MZ Training Centre (MTC) dan menawarkan kursus jahitan yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia kepada orang ramai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Zamzarina berkata, syarikatnya terus mendapat kepercayaan apabila ditawarkan pinjaman sebanyak RM50,000 menerusi Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) bagi memperbesarkan lagi operasi syarikat.

Katanya, menerusi pengurusan yang berhati-hati, syarikat miliknya itu mampu membeli sebuah kedai bernilai RM100,000 di Seksyen 3, Pusat Perniagaan Seri Manjung.

Menurutnya, apa yang lebih membanggakan, hasil pinjaman berkenaan juga membolehkan syarikatnya itu menaik taraf kelengkapan pusat latihan dengan membeli sebanyak 20 lagi mesin jahit bernilai RM40,000.

''Memang saya tidak sangka syarikat ini sudah melatih seramai 150 orang sejak 2007 yang ditaja oleh KBS selain bakal pesara tentera," kata wanita cekal itu.

Kata Zamzarina, pihak KBS menaja mana-mana belia berumur antara 18 hingga 25 tahun sama ada lelaki atau wanita mengikuti Kursus Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 1 dan 2 selama setahun di sini.

''Pelatih akan diberi elaun latihan sebanyak RM210 sebulan dan permohonan bagi kemasukan mulai bulan ini boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Belia dan Sukan daerah atau negeri masing-masing," katanya.

Syarikat turut menawarkan Kursus Pembuatan Pakaian Wanita Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 selama 24 bulan menerusi Program Perantisan Sistem Latihan Dual Nasional.

Selain itu, Kursus Latihan Asas Jahitan, Kursus Khusus Model Pakaian dan Kursus Pelbagai Jahitan turut disediakan kepada orang ramai tanpa mengira peringkat umur.

Mereka juga boleh berhubung terus dengan MZ Training Center Sdn. Bhd., No. 2407 Tingkat Atas Taman Samudera, 32040 Seri Manjung atau menelefon 05-6882650 (pejabat), 017-5433117 (Zamzarina) dan 016-5384758 (Mazlan).

Sumber:utusan malaysia

Tuesday, May 24, 2011

Bagaimana menangani halangan pembiayaan perniagaan?

PEMBIAYAAN menjadi antara isu yang sering kali dibangkitkan oleh para usahawan dan peniaga khususnya Bumiputera. Selalunya persoalan yang ditimbulkan ialah terlalu sukar bagi mereka mendapat maklumat mengenai sesuatu pembiayaan yang diberikan oleh kerajaan. Ada juga yang menyatakan kesukaran mendapat kelulusan pihak bank komersial untuk sesuatu pembiayaan yang diminta.

Pihak kerajaan sangat memahami halangan dan kesukaran peniaga Melayu dan usahawan Bumiputera dalam aspek ini. Memang diakui pihak bank amat berhati-hati dalam meluluskan permohonan pembiayaan jika permohonan itu tidak disertakan dengan pembuktian yang menunjukkan kemampuan bakal peminjam membayar balik pinjaman berkenaan.

Bagi mengatasi halangan dan kesukaran tersebut, kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk pembiayaan kepada golongan usahawan tidak kira yang baru bermula atau sedia ada. Ia merangkumi skim mikro kredit dan pinjaman mudah yang sepatutnya disalurkan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan tanpa peraturan yang ketat.

Jenis-jenis pembiayaan:

BANK-BANK

KERAJAAN

Apabila maklumat mengenai sesuatu pembiayaan telah diperolehi, apa yang perlu dilakukan oleh para usahawan ialah menyediakan keperluan yang ditetapkan. Jika jenis pembiayaan tersebut memerlukan bukti kemampuan membayar balik, usahawan mestilah menyediakannya dengan ikhlas dan jujur. Jika ia memerlukan jaminan atau penjamin, ia juga perlu disediakan oleh usahawan.

Walau apa pun bentuk pembiayaan disediakan oleh kerajaan atau pihak bank, jika para usahawan dan peniaga enggan mengubah sikap dan terus tidak mementingkan perniagaan atau perusahaan mereka, tidak ada gunanya.

Oleh itu, usahawan dan peniaga haruslah memaksimumkan pembiayaan yang diperolehi untuk tujuan memantapkan perusahaan masing-masing. Bukannya apabila mendapat pembiayaan, ia digunakan untuk membeli kereta baru atau rumah baru atau pun menambah isteri.

Sumber:Petikan dari www.perakini.com

Cara menjadi popular dalam perniagaan

Menjadi popular tidak semestinya untuk industri hiburan sahaja. Perniagaan juga perlu menjadi popular untuk menarik pelanggan yang ramai. Pendek kata, lagi popular sesuatu perniagaan, lagi mudah menarik pelanggan- seperti industri hiburan!
popularity.jpg

Untuk menetahui cara menjadi popular, “MASA” memainkan peranan yang penting- terutamanya untuk jadi popular di Internet. Sememangnya sering kita dengar kisah-kisah “over-night sensation” (popular dalam masa singkat), namun, kisah-kisah sebegini tidak banyak dan hanya terjadi sekali sekala sahaja.

Dengan menggunakan elemen “Masa”, kita dapat membina populariti perniagaan dan juga jenama kita. Jangan fikirkan menjadi popular dengan cepat oleh kerana cara yang lebih ideal dan terjamin untuk jangka panjang adalah membina populariti secara perlahan.

Lihat contoh-contoh di bawah:

  • Justin Beiber popular sedunia hari ini meletakkan klipnya di YouTube sejak 2007!
  • Ana Rafali pemenang Juara lagu kini telah menggunakan Youtube sejak 2006!
  • Saya juga mendapat populariti bukan secara mendadak, tetapi telah menulis blog sejak 2006!

Untuk membina jenama perniagaan kita, fikirkan elemen masa. Mulakan awal. Jangan bertangguh-tangguh oleh kerana lagi anda bertangguh, lagi lambat elemen masa akan membantu populariti perniagaan dan jenama anda. Mulakan sekarang dan biarkan masa membantu populariti perniagaan anda!

Sumber: Laman Web : Tip Irfan Khairi

Thursday, May 5, 2011

Kekayaan Menurut Islam

.
Dipetik Dari Laman Web Irfan Khairi:
.
Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang saya ingin kongsikan bersama:
..
IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan ini?
.
DDFK :Ini adalah salah satu perkara yang sering kali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama-ulama’ yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah ‘umattan wasata’ ataupun kita ini adalah umat pertengahan.
.
Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap. Pertengahan itu dikatakan seperti "Ala, kalau kita mati nanti pun kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk kubur."
.
Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu:
.
"Allah amat kasih akan hambanya yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang terbaik."
.
Itu adalah soheh riwayat al-Dailami. Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kita sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?
.
Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama'-ulama' dan ulama’ mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan seimbang iaitu 'balance'. Ianya juga membawa maksud bahawa kita hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu ditafsirkan.
.
Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu bukannya seimbang.
.
Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betul maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi ‘jumud’ atau terikat dengan tekanan dengan kata-kata, "Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya."
.
Itu adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.
.
IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang, pulangannya juga akan jadi cemerlang juga.
.
So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda dengan berkata-kata "Buat apa lah nak kaya-kaya… bukan boleh bawak masuk kubur pun…", anda kini dapat jawapan terus dari, Dato Fadzilah Kamsah lagi.

Fahami Permintaan Pasaran Anda

Salah satu cara untuk memastikan yang anda sentiasa mempunyai jualan yang baik di dalam perniagaan anda adalah dengan cara memahami kehendak atau permintaan pasaran anda.

Permintaan pasaran akan bergantung kepada beberapa perkara utama iaitu:

1. Tragedi

2. Peristiwa Besar

3. Musim Perayaan

4. Bekalan

Keempat-empat perkara di atas memainkan peranan penting di dalam permintaan pasaran untuk sesuatu perniagaan.

Contoh tragedi adalah seperti semasa kematian ikon penyanyi terkenal di dunia iaitu Michael Jackson. Semasa berita kematian beliau tersebar ke seluruh dunia, dalam masa kurang daripada 24 jam, terdapat peningkatan jualan barangan yang berkaitan dengan Michael Jackson seperti CD, DVD dan aksesori di serata dunia. Penjualan barangan memorabilia Michael Jackson telah meletup-letup di eBay dan juga Amazon sehingga menduduki di antara tempat teratas barang jualan paling popular di kedua-dua portal jualan tersebut.

Peristiwa besar pula adalah berkaitan dengan sesuatu perkara besar yang berlaku di Malaysia ataupun di seluruh dunia seperti pelancaran Wayang Transformers 2 beberapa bulan yang lepas. Beberapa bulan sebelum wayang tersebut dilancarkan, sudah terdapat banyak permintaan untuk barangan yang berkaitan dengan wayang tersebut seperti permainan kanak-kanak, buku dan CD. Peristiwa besar yang berlaku ini akan membangkitkan perasaan minat dan keingingan untuk memiliki barangan yang berkaitan dengan peristiwa besar tersebut.

Sudah pasti anda sedia maklum mengenai permintaan pasaran semasa musim perayaan. Sebagai contoh, perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba pada bulan ini, akan mengalakkan permintaan untuk barangan yang berkaitan dengannya seperti kuih raya, kad raya, sampul raya, baju raya, lagu raya dan pelbagai perkara lain yang cuma akan popular semasa musim perayaan ini. Permintaan ini akan tamat sebaik sahaja musim perayaan ini tamat.

Berkenaan bekalan pula, permintaan akan meningkat apabila bekalan untuk sesuatu barangan popular adalah kurang. Ianya semudah itu. Jika anda mendengar berita mengenai kekurangan bekalan untuk sesuatu barangan popular di pasaran, maka sudah pasti permintaan untuk barangant ersebut akan meningkat. Contoh terbaik adalah semasa Apple iPhone baru dilancarkan di Malaysia satu ketika dahulu.

Pada masa itu, harga iPhone dipasaran telah meningkat dengan tinggi kerana kekurangan bekalan tetapi ramai yang ingin memilikinya. Sekiranya ada penjual yang mampu mendapatkan bekalan dan menjualnya, sudah tentu penjual tersebut akan mendapat keuntungan yang tinggi.

Sebagai seorang usahawan internet yang bijak, anda perlu peka terhadap perkara-perkara yang akan memberikan impak kepada permintaan pasaran anda kerana ia merupakan masa yang terbaik untuk menjana keuntungan yang banyak dalam masa yang singkat.

Ini bermaksud anda perlu sentiasa membaca suratkhabar, membaca berita terkini di internet dan juga menonton televisyen untuk mengetahui peristiwa terkini yang sedang berlaku di Malaysia dan juga di dunia. Dengan cara ini, anda akan dapat bertindak dengan lebih cepat dengan maklumat yang anda perolehi berbanding penjual-penjual lain yang lambat bertindak.

Sekiranya anda mampu memberikan apa yang diingini oleh pasaran, maka mereka akan berebut-rebut membayar anda untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan itu. Oleh itu, luangkan masa untuk memahami keadaan dan permintaan pasaran anda.

Sumber:Pakar Lelongan online

Think like an entrepreneur

The origin of the word is entreprendre, French for "to undertake." Notice that this word emphasizes an attempt to act, and not the outcome of that action: You undertake something, and the implication is that what matters is that you have started on a journey and accepted that it's an open-ended one.
.
Someone who needs an extremely high level of security might be challenged by an entrepreneurial lifestyle, yet a lot of people who don't think of themselves as embracing risk become entrepreneurs.

.
The key is that although a successful entrepreneur takes risks, those risks are measured. Though entrepreneurs frequently go out on limbs, the ones that make it generally test that limb first to make sure it has a good chance of bearing their weight.
.
Entrepreneurship can be applied to virtually any field or profession. No matter what products and services are currently on the market in your area of expertise, there are always opportunities to improve them and to better serve the customers who buy them. That said, if you're a true entrepreneur, you likely possess the following key characteristics:
.
You are driven to succeed. You're so motivated to achieve your goals that you are prepared to overcome obstacles that would likely discourage or stop others.
.
You are a self-starter and go-getter. Rather than waiting for someone to issue instructions, you take initiative. And you can be innovative — you constantly think "out of the box" when attempting to meet challenges.
.
You routinely see opportunities where others see problems. Rather than feeling defeated when you encounter roadblocks to your goals, you feel energized. Challenges spur rather than deter you.
.
You take control of your own destiny and bear responsibility for your own actions. The buck truly stops with you when it comes to dealing with the results-both positive and negative — of decisions you make or actions you take.
.
You are willing to give up the security blanket of corporate life. You don't mind working without the safety net of a regular paycheck or the benefits and social structure that an established employer provides.
.
You thrive on change. In the entrepreneurial world, change is a given. But rather than fearing it, you welcome it and enjoy the excitement of the ride.
.
You understand the importance of making a profit. You know that all of your best intentions and actions are for naught if you aren't actually making a profit — that is, bringing in more money by selling a product or service than it costs you to provide it.
Source: usahawanbestari.blogspot.com

Perniagaan Internet membantu perniagaan tradisional anda

..

Ramai yang tanya pada saya, bagaimana Internet boleh membantu perniagaan bukan Internet mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai spa, kedai dobi, kedai buku, kedai jual nasi ayam atau apa sahaja kedai yang mempunyai kehadiran fizikal (bricks & mortar), adakah Internet dapat membantu menambahkan keuntungan perniagaan tersebut?
..
Jawapan saya, sudah tentunya YA!
..
Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan fizikal di Internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang sesuatu perniagaan itu.
..
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki kedai fizikal:
..
Laman web
....

Bayangkan sekiranya anda seorang agen insurans, atau agen jualan langsung, atau agen haratanah, dalam masa sehari berapa ramai prospek anda boleh jumpa?
..
Mungkin secara kasar, 3 atau 4 prospek sehari. Jumpa dua prospek sebelah pagi, dan lagi dua sebelah petang pula.
..
Langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Pengguna Internet Malaysia kini menjangkau 14 juta pengguna. Dengan penggunaaan Internet yang amat tinggi ini, tidak mustahil untuk mendapat 100-200 pelawat melawat laman web anda setiap hari (atau lebih!).
..
Dan, lagi menyenangkan anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!
Dengan menyediakan laman web, anda boleh meletakkan segala maklumat atau presentation perniagaan anda. Pelawat akan melawat laman anda dan mempelajari segalanya berkaitan dengan perniagaan anda. Memiliki laman web asas akan memudahkan prospek anda oleh kerana, mereka juga tidak perlu pergi ke kedai anda untuk pelajari apa yang anda sediakan.
..
BLOG
..
Blog, atau Web Log (http://www.blogger.com/), kini menjadi trend semasa dimana sesiapa sahaja boleh mempunyai kehadiran online secara mudah. Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan. Daripada hobi, ke politik hingga ke agama.
..
Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Anda boleh melihat contoh blog saya di http://www.irfankhairi.com/ di mana saya memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.
..
Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200 pelawat blog anda setiap hari. Blog http://www.irfankhairi.com/ pula menerima lebih daripada 1,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya sendiri pergi berjumpa 1,000 prospek dalam masa sehari, tetapi, kehadiran blog saya itu membolehkan 1,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd sehari.
..
Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.
..
YOUTUBE
..
Sebelum ini, untuk membuat iklan berbentuk audio dan visual, pilihan usahawan adalah TV. Tetapi, kita sedia tahu bahawa pengiklanan TV adalah amat mahal terutama untuk usahawan-usahawan kecil dan sederhana.
..
Selamat datang kepada YouTube.com di mana, kini, sesiapa sahaja boleh membuat iklan berbentuk audio visual untuk tatapan pengguna-pengguna Internet. Sehingga slogan YouTube sendiri berbunyi "Broadcast Yourself!"
..
Anda hanya perlu digicam yang boleh merakam video (pastinya zaman ini, semua digicam boleh!), dan anda boleh merakam contoh produk anda atau kedai anda untuk paparan di YouTube. Anda merupakan agen hartanah? Gunakan YouTube untuk paparkan ruang makan, bilik, bilik mandi dan dapur rumah yang anda ingin jual. Anda merupakan seorang motivator? Gunakan YouTube untuk memberi contoh-contoh ceramah anda.
..
Gunakan kreativiti anda!
..
FACEBOOK
..
Facebook.com adalah rangkaian kenalan social di Internet. Ia sering digunakan untuk menghubung teman-teman dan kenalan yang turut memiliki laman web facebook.
..
Bukan setakat itu sahaja, oleh kerana perniagaan adalah hubungan antara pengguna dan perniagaan, friendster juga boleh digunakan dalam mencapai prospek-prospek untuk perniagaan anda.
..
Apabila anda memulakan perniagaan, sudah pasti, anda perlu mengumumkan kepada semua kenalan anda mengenai perniagaan anda. Melalui facebook, anda dapat memaparkan perniagaan anda kepada kenalan-kenalan anda, dan juga, kenalan kepada kenalan anda!
..
Di atas hanya beberapa perkhidmatan popular yang boleh digunakan dalam mempromosi perniagaan fizikal anda di Internet. Walaupun perniagaan fizikal anda bersifat tempatan, dengan mempunyai kehadiran di Internet, perniagaan anda bukan sahaja boleh mencapai pelanggan seluruh Malaysia, bahkan, boleh mencapai pelanggan sedunia.
..
Sebagai contoh, lawati http://www.halalgelatine.com/. Pemiliknya memiliki sebuah kedai kecil di bahagian basement KB Mall, Kelantan. Dengan hanya mempunyai laman web, kini, kedai tersebut mendapat pesanan dari seluruh dunia!
..
Sekarang anda dapat lihat kekuatan Internet?

perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum anda memulakan perniagaan

Oleh Irfan Khairi

Kebebasan daripada arahan dan suruhan yang dikeluarkan oleh pihak atasan serta alasan untuk membuat keputusan sendiri tanpa dipengarui oleh orang lain kadang kala merupakan faktor terpenting seseorang itu terlibat dalam memilih perniagaan sebagai sumber rezeki.

Sebelum anda meneruskan perancangan untuk memulakan perniagaan, adalah lebih baik sekiranya anda menilai diri sendiri serta bertanya pada diri sendiri mengenai bebarapa persoalan penting seperti di bawah;

1. Adakah anda mempunyai modal permulaan yang cukup serta mempunyai pendapatan sokongan?

Ia adalah duit untuk menghasilkan duit walaupun perniagaan yang dijalankan adalah pada skala yang kecil seperti perniagaan kecil-kecilan di rumah. Pastikan anda mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk menyediakan keperluan-keperluan yang asas serta penetapan pemasaran sebelum anda menceburkan diri dalam perniagaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat daripada mereka yang sudah menjalankan perniagaan mengenai jangka masa untuk memperolehi pulangan perniagaan. Ini penting kerana dapat membantu anda mengatur starategi kewangan supaya anda lebih berhemah dalam urusan perbelanjaan anda seharian.

2. Adakah anda merupakan seorang yang berdikari?

Persoalan ini harus anda tanya kepada diri anda sendiri kerana persoalan ini merupakan kualiti utama sebelum anda membuat keputusan untuk menjadi entrepreneur. Jika anda seorang yang suka mengambil sikap tunggu dan lihat ataupun membuat sesuatu perkara atas arahan pihak atasan maka anda tergolong dalam golongan yang sesuai untuk makan gaji sahaja. Sebaliknya, jika anda berupaya untuk berfikir secara kreatif dan juga memberikan satu kesan kepada orang lain atau pun masyarakat anda sememangnya boleh dikategorikan sebagai orang yang boleh berjaya dalam perniagaan yang anda ceburi.

3. Adakah anda tergolong dalam kumpulan yang boleh bekerja melangkaui had masa standard 9 - 5 setiap hari?

Jika anda bekerja dengan seseorang, anda dikatakan sebagai terikat dengan jadual kerja yang ditetapkan oleh majikan. Pada satu-satu masa, anda boleh melupakan masalah di tempat kerja dan menumpukan perhatian kepada keluarga serta berehat. Namun, sebagi seorang entrepreneur anda dikatakan mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dan masa bekerja anda berbeza denga mereka yang makan gaji. Jika anda gemar dan suka kepada pulangan jangka panjang yang bakal anda perolehi, kepayahan ini bukannya satu halangan kepada anda dengan bekerja pada masa orang lain menikmati waktu rehat mereka. Sekali lagi tidak ada betul atau salah dalam konsep ini. Ia hanya merupakan persoalan yang perlu anda tanya dan teliti kepada diri anda sebelum keputusan anda ambil untuk menceburkan diri dalam perniagaan.

4. Adakah anda mempunyai sokongan yang KUAT daripada keluarga?

Kadangkala anda mempunyai idea yang bernas untuk menjalankan perniagaan. Adalah lebih baik, sebelum anda memulakan langkah pertama dalam perniagaan, kongsikan idea tersebut bersama keluarga anda. Suami kepada isteri, isteri kepada suami, anak kepada ibu bapa...sangat elok dan berkesan untuk mendapat restu.

5. Adakah anda benar-benar minat dalam menjalankan perniagaan anda ini?

Untuk benar-benar berjaya, usahawan perlu mempunyai semangat daya-juang yang tinggi dalam perniagaan mereka. Jika anda telah memilih untuk menjadi usahawan dan apa yang anda lakukan tidak seperti apa yang anda mahukan, motivasi yang tinggi diperlukan untuk menjayakan impian anda. Lakukan perniagaan yang anda benar-benar suka dan tahu mengenai perniagaan yang ingin anda lakukan kerana ia akan mendatangkan keseronokan dan keseronokan ini akan membuahkan hasil yang baik.

Satu perkara yang harus anda ingat. Tidak ada salah sama ada anda ingin bekerja dengan seseorang ataupun berniaga. Banyak kelebihan dari aspek keselamatan, pendapatan, jadual bekerja yang standard, dan faedah-faedah yang lain. Namun demikian, sekiranya anda memiliki kualiti sebagai usahawan serta idea perniagaan yang berkesan, anda dialu-alukan untuk melibatkkan diri dalam bidang keusahawanan kerana ia adalah jalan yang terbaik untuk kehidupan anda.

Seperti kata-kata yang disampaikan oleh Micheal Gerber,

"The entrepreneur in us sees opportunities everywhere we look, but many people see only problems everywhere they look. The entrepreneur in us is more concerned with discriminating between opportunities than he or she is with failing to see the opportunities".

Adakah anda usahawan tulen?

"You are what you believe!"

Jawab ya atau tidak kepada soalan-soalan di bawah ini. Kemudian kira dan lihat keputusan anda.

1. Anda percaya peluang bukan hanya sekali tetapi peluang boleh dicari.

2. Anda merasa amat sukar bekerja di bawah arahan orang lain.

3. Anda berani mengambil risiko tetapi bukannya memperjudikan nasib.

4. Anda melihat masalah adalah satu peluang yang 'tersembunyi'.

5. Anda menilai kreativiti dan imaginasi sama penting dengan pengetahuan.

6. Anda tidak tertakluk kepada peraturan keadaan malahan anda mencipta peraturan baru.

7. Anda cepat belajar sendiri daripada sesuatu kesilapan dan tidak mengulanginya.

8. Anda tidak kenal erti kegagalan, yang ada cuma kejayaan yang belum tiba.

9. Jika anda bekerja makan gaji anda merasakan diri anda lebih bijak daripada boss anda!

10. Anda merasa ada yang tidak kena kepada anda selama anda bekerja kerana jauh dilubuk hati anda , anda ingin bebas bekerja sendiri!

Berikan markah 1 untuk setiap jawapan Ya anda dan 0 untuk tidak. Jika anda mendapat markah bawah 4, anda boleh lupakan diri anda untuk menjadi usahawan.

Jika anda mendapat markah 5-8, anda mempunyai potensi untuk menjadi usahawan.

Jika anda mendapat 9-10, anda boleh lupakan kerja makan gaji anda sekarang, kerana keusahawanan adalah darah daging anda. Adalah menjadi kerugian anda terus sahaja bekerja untuk orang. Hidupkan semangat usahawan anda, yakin dan sahut cabaran!

Mengapa usahawan gagal?

Walaupun berniaga sendiri banyak kelebihannya, ada sesetengah usahawan gagal menjalankan perniagaan mereka. Antara faktor dan sebab mengapa usahawan gagal dijelaskan sebagaimana yang berikut....
.
Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang. Mereka yang gagal merancang, sebenarnya merancang supaya gagal. Walaupun rancangan mungkin dibuat, ia tidak spesifik dan sekadar, "Saya mahu untung tahun ini!" Berapa sasaran untungnya dan bagaimana merealisasikannya, tidak ditetapkan. Akhirnya, impian jadi seperti angan-angan Mat Jenin.
.
Gagal mengurus aliran tunai. Tiada catatan dan rekod transaksi yang membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan tepat dan dipantau. Sesetengah usahawan berpendapat, wang masuk adalah keuntungan dan sebagai pemilik perniagaan, mereka berhak membelanjakan wang bagi apa saja tujuan, termasuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.
.
Suka bertangguh. Sikap ini pada awalnya mungkin tidak memberikan masalah besar, tetapi apabila dibiarkan, ia mem-beri kesan pada pengurusan perniagaan. Dokumen jadi bertimbun kerana lewat diproses, masa terbuang dengan mencari maklumat dan akhirnya keputusan yang dibuat adalah tidak tepat serta merugikan perniagaan.
.
Mengambil mudah aspek persaingan. Usahawan mengambil pendirian, 'rezeki secupak tidak akan jadi segantang'. Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha mempembaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan.
.
Strategi pemasaran yang tidak berkesan. Strategi pemasaran yang digunakan tidak berkesan bagi menarik pelanggan. Malah, ianya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih tertarik dengan pesaing yang Strategi pemasarannya jauh lebih berkesan.
.
Khidmat pelanggan yang tidak cekap. Usahawan hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Hakikatnya, mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mendapatkan pelanggan.
.
Pekerja tidak cekap dan tidak amanah. Pekerja diambil tidak berdasarkan kemahiran dan sikap yang betul. Usahawan tidak membuat pelaburan bagi melatih pekerja dan tidak meluangkan masa yang cukup bagi menyelia pekerja.
.
Kemahiran terhad. Usahawan mahir dalam satu bidang sahaja. Sebagai contoh, usahawan produk kraf tangan perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, komputer, perhubungan awam dan sebagainya.
.
Lokasi perniagaan tidak sesuai. Kedai sukar disinggahi ataupun pelanggan sukar pergi ke kedai itu. Misalnya, kedai berada di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat ataupun terlindung, menggagalkan perniagaan walaupun barangannya bermutu dan banyak pilihan. Pelanggan juga mungkin tidak terperasan apabila kedai pakaian misalnya, terletak di tingkat atas bangunan.
.
Tidak berfikiran jauh. Usahawan tidak berfikiran global dan futuristik atau ke hadapan. Mereka tidak tahu ataupun tidak ambil tahu perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan. Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin terkebelakang daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia boleh dilakukan dengan menghadiri kursus- serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar dan juga membaca majalah-majalah serta laman web berkaitan usahawan.
.
Kurang pengalaman. Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. Usahawan yang bermula daripada bawah, biasanya lebih ber-jaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.
.
Kurang modal kewangan. Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang mencukupi, mungkin menyukarkan usahawan berkembang, mengecewakan pelanggan dan akhirnya menggagalkan perniagaan. Walau bagaimanapun, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik, tidak mustahil rezeki secupak menjadi segantang.
.
Tiada sistem mengurus akaun yang efisien. Hal ini menyebabkan usahawan tidak tahu kekuatan sebenar perniagaan dan mengesan kelemahan perniagaan pada peringkat awal. Masih ramai usahawan bumiputera tidak mementingkan aspek mengurus akaun dalam perniagaan mereka. Antara sebabnya adalah, mereka gagal memahami bagaimana sistem mengurus akaun yang mantap dapat membantu mereka mengaut untung dan mengelak rugi.
.
Terlalu tamak berkembang. Usahawan tidak 'mengukur baju di badan sendiri'. Cawangan yang dibuka tidak kena pada masanya dan tanpa kemampuan kewangan yang mencukupi, menyebabkan usahawan gagal.
.
Tiada penyambung kejayaan. Ada perniagaan gagal bertahan lama kerana individu yang bertanggungjawab membangunkan perniagaan, jatuh sakit ataupun meninggal dunia. Malangnya, tiada siapa yang berkebolehan dan terlatih, dapat mengambil alih perniagaannya. Ada perniagaan yang berjaya pada zaman 'pentadbiran' si ayah, tetapi menjadi kucar kacir apabila tampuk 'pemerintahan' diambil alih oleh si anak.
.
Sikap negatif usahawan. Perniagaan boleh gagal disebabkan oleh sifat negatif yang dimiliki oleh usahawan seperti hasad dengki, boros, tamak, pemarah, berprasangka, terlalu berahsia dan individualistik.

Gagal dapat kerja, buka bisnes coklat


LULUSAN Kejuruteraan Bioteknologi, Siti Fatimah Bedol kini berbangga mengusahakan perniagaan coklat dan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang berminat. – utusan/Abdul Nazir Mohamed


MENCEBURI bidang perniagaan bukanlah suatu perkara mudah kerana selain memerlukan komitmen yang tinggi ia juga merupakan satu cabang pekerjaan yang memerlukan seseorang itu tabah dan sanggup menghadapi risiko.

Tambahan pula, perniagaan yang dipilih mempunyai banyak persaingan terutama daripada syarikat multinasional.

Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin terlibat dalam bidang ini, selain mempunyai pengalaman dinasihatkan juga agar memenuhkan ilmu mengenai perniagaan di dada.

Bagi ibu muda dari Kota Bharu, Kelantan ini, dia sedikit pun tidak gentar malah menyahut cabaran suaminya walaupun tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang perniagaan.

Hari ini, siapa tahu, tanpa sebarang pengalaman mahupun pengetahuan dalam bidang perniagaan, Siti Fatimah Bedol boleh dikategorikan sebagai usahawan berjaya.

Berbicara lanjut mengenai penglibatannya dalam bidang perniagaan, Siti Fatimah mengibaratkannya sebagai bidan terjun.

Ini kerana, menurut ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, segala-galanya bermula apabila dia tidak pernah bernasib baik dalam setiap permohonan untuk mana-mana jawatan.

Mempunyai kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Bioteknologi, Siti Fatimah sememangnya tidak pernah berputus asa sehinggalah suatu hari suaminya mencadangkan agar dia mempelajari pembuatan coklat.

Dari situlah segala-galanya bermula dan ada kalanya Siti Fatimah tidak menang tangan kerana permintaan tinggi.

‘‘Alhamdulillah, berkat kesabaran serta semangat untuk menceburi bidang yang begitu asing, akhirnya saya berjaya mengharunginya.

‘‘Permintaan terhadap coklat begitu tinggi tambahan pula coklat yang dibuat beraneka bentuk dan juga pelbagai perisa.

‘‘Secara umumnya, coklat sesuai untuk kesemua majlis dan ia juga sesuai untuk dijadikan cendera mata kepada tetamu,’’ ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Katanya lagi, hari ini coklatnya mendapat permintaan seluruh Malaysia dan tidak ketinggalan negara jiran, Brunei.

Menggunakan bahan-bahan tempatan, Siti Fatimah pandai bermain dengan reka bentuk untuk menarik perhatian terutama di kalangan kanak-kanak.

Dijual pada harga serendah 60 sen, harga coklat yang dijual juga bergantung kepada bentuk, saiz dan jenis.

Jelas Siti Fatimah, selain mengambil tempahan, dia juga mengadakan kelas cara-cara membuat coklat.

‘‘Selain menerima tempahan pelanggan, saya juga membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk mempelajari membuat coklat. Sebenarnya pembuatan coklat adalah mudah.

“Untuk itu, saya dan suami

menyediakan pakej seperti belajar membuat coklat dan juga blog

untuk pemasaran.

‘‘Insya-Allah, sekiranya ia dilakukan bersungguh-sungguh, ia pasti mendatangkan keuntungan dan kebaikan,’’ katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk mempelajari pembuatan coklat, bolehlah hubungi Siti Fatimah di talian 019-2408015 atau layari www.belajarcoklat.com serta http://shocolats.blogspot.com untuk melihat sendiri apa yang ditawarkan.

sumber: Utusan Malaysia Online

Kata Hikmat Keyakinan


Self confidence is the first requisite to great undertakings.
Samuel Johnson

Confidence can get you where you want to go, and getting there is a daily process. It’s so much easier when you feel good about yourself, your abilities and talents.
Donald Trump

If you have no confidence in self, you are twice defeated in the race of life. With confidence, you have won even before you have started.
Marcus Garvey

Self confidence is the power that makes you dare, try and do.
Remez Sasson

Whether you think you can or think you can’t, you’re right.
Henry Ford

The way to develop self-confidence is to do the thing you fear.
William Jennings Bryan

You can determine how confident people are by listening to what they don’t say about themselves.
Brian G. Jett

Only those who dare to fail greatly can ever achieve greatly.
Robert F. Kennedy

What seems impossible one minute becomes, through faith, possible the next.
Norman Vincent Peale

The world has the habit of making room for the man whose words and actions show that he knows where he is going.

Napoleon Hill

Do not attempt to do a thing unless you are sure of yourself; but do not relinquish it simply because someone else is not sure of you.
Stewart E. White

First thing every morning before you arise say out loud, I believe.
Norman Vincent Peale

Happiness and self-confidence come naturally when you feel yourself moving and progressing toward becoming the very best person you can possibly be.
Brian Tracy

If my mind can conceive it, and my heart can believe it, I know I can achieve it.
Jesse Jackson

Confidence comes not from always being right but from not fearing to be wrong.
Peter T. Mcintyre

Kata Hikmat Keyakinan


Self confidence is the first requisite to great undertakings.
Samuel Johnson

Confidence can get you where you want to go, and getting there is a daily process. It’s so much easier when you feel good about yourself, your abilities and talents.
Donald Trump

If you have no confidence in self, you are twice defeated in the race of life. With confidence, you have won even before you have started.
Marcus Garvey

Self confidence is the power that makes you dare, try and do.
Remez Sasson

Whether you think you can or think you can’t, you’re right.
Henry Ford

The way to develop self-confidence is to do the thing you fear.
William Jennings Bryan

You can determine how confident people are by listening to what they don’t say about themselves.
Brian G. Jett

Only those who dare to fail greatly can ever achieve greatly.
Robert F. Kennedy

What seems impossible one minute becomes, through faith, possible the next.
Norman Vincent Peale

The world has the habit of making room for the man whose words and actions show that he knows where he is going.

Napoleon Hill

Do not attempt to do a thing unless you are sure of yourself; but do not relinquish it simply because someone else is not sure of you.
Stewart E. White

First thing every morning before you arise say out loud, I believe.
Norman Vincent Peale

Happiness and self-confidence come naturally when you feel yourself moving and progressing toward becoming the very best person you can possibly be.
Brian Tracy

If my mind can conceive it, and my heart can believe it, I know I can achieve it.
Jesse Jackson

Confidence comes not from always being right but from not fearing to be wrong.
Peter T. Mcintyre

Related Posts with Thumbnails