Thursday, January 31, 2008

Catatan Lawatan Ke Selangor Fruits Valley 31 Januari 2008












Lawatan kedua selepas Syarikat Active Surge ialah Selangor Fruit Valley milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor di Batang Berjuntai atau nama baru Bestari Jaya. Keluasan lembah buah-buahan ini dianggarkan lebih dari 2000 ekar dengan pelbagai spesis buahan dan yang paling banyak ialah buah Belimbing. Buah Belimbing adalah yang terbesar sekali pengeluarannya untuk pasaran eksport dan tempatan.

Semasa taklimat yang di sampaikan oleh En. Iskandar, terdapat skim ladang kontrak buahan yang ditawarkan kepada mereka yang berminat terutamanya buah belimbing yang mempunyai permintaan yang tinggi di luar negara.Terdapat 4 negara yang merupakan pengeksport terbesar dunia dan salah satunya MALAYSIA.

PKPS juga ada menawarkan contract farming utk tanaman herba dan juga ternakan ikan keli salai kepada mereka yang berminat di bawah anak syarikat PKPS iaitu Polens dan Mais food Sdn. Bhd. Sesiapa yang berminat boleh rujuk terus ke Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor di Shah Alam.

Lawatan Ternakan Ikan Keli kanvas di Subang Bestari, Selangor.









Lawatan ke Penternakan Ikan keli Organik dalam kanvas seramai 40 org peserta dari kursus IKS dan Peruncitan milik Syarikat Active Surge Sdn Bhd di Subang Bestari. Penternakan ikan keli ini di buat dalam bangunan kedai 2 tingkat. Syarikat ini menawarkan contract farming kepada sesiapa yang berminat untuk mengusahakannya.Kontrak perjanjian selama 4 tahun dengan kos projek adalah RM25000 dengan 10 kolam kanvas sebanyak 18,000 benih anak ikan.Jangka masa tuaian ialah 3 bulan iaitu mencecah 5 ekor/kg dengan harga sekilo ialah RM4.50

Tuesday, January 29, 2008

SKIM GALAKAN TANAMAN POKOK GAHARU/KARAS/DEPU




Pokok gaharu hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.
  • Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada. pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.
  • Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
  • Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.
  • Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula. spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu.
  • Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.
  • Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun & akar) berguna dan dapat dikomensilkan.
  • Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.






* dengan teknologi terkini pokok gaharu boleh ditebang dalam jangka masa 5-6 tahun , selepas 12 bulan suntikan(inducement) ubat, pokok boleh mula ditebang untuk mendapatkan resinnya
*Untuk 1 ekar tanah boleh ditanam hampir 1000 pokok dengan jarak antara 6-7 kaki, anggaran pendapatan untuk sepokok ialah RM1000.00 dan seekar ialah RM1juta.

nota : Kalau dengar untung RM1 juta memang kita semua nak buat,tapi sebelum itu pastikan apa yang kita nak buat sudah ada pasaran kita sendiri.kalau tidak....

Monday, January 28, 2008

Lawatan Pelatih Kursus Industri Kecil dan Sederhana siri 1/2008








Pada hari 22hb Januari 2008, Pusat Pembangunan Keusahawanan menerusi Kursus IKS (6 bulan) telah mengadakan satu sessi lawatan ke Pulau Indah di Syarikat Munasahah Livestock Sdn. Bhd berkenaan industri ternakan kambing. Pada masa tersebut, En. Rozaidi, pengurus syarikat telah menerangkan tentang industri ternakan kambing,prosedur import ternakan ,pengurusan ladang dan ternakan,penjagaan kandang,pemasaran dll. Selepas sessi taklimat,para pelatih dibawa ke kandang ternakan untuk sessi penerangan yang seterusnya.

Tuesday, January 8, 2008

Petikan dari akhbar utusan malaysia hari ini

Kerajaan lulus 3,847 permohonan usahawan tani

MUAR 8 Jan. – Jawatankuasa Pembangunan Industri Asas Tani di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah meluluskan 3,847 permohonan usahawan yang ingin menceburi bidang pertanian membabitkan industri kecil dan sederhana (IKS) di seluruh negara sejak skim pembangunan itu dimulakan pada 2005.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usahawan tani yang dipilih adalah mereka yang telah ditapis menerusi lebih 10,000 permohonan sejak jawatankuasa itu dibentuk hasil saranan Perdana Menteri, Datuk Seri

Abdullah Ahmad Badawi, tiga tahun lalu.

Menurutnya, melalui skim pembangunan tersebut, kerajaan membelanjakan lebih RM125 juta atau maksimum RM20,000 bagi setiap usahawan yang akan dibantu daripada segi latihan dan bantuan tambahan dalam usaha membangunkan IKS yang berasaskan sektor pertanian.

Beliau berkata, skim itu dilihat bakal mempercepatkan usaha kerajaan melahirkan 10,000 usahawan tani menjelang penghujung Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada tahun 2010.

“Negara ketika ini memiliki sejumlah 8,300 pengusaha dalam sektor pertanian dan melalui skim pembangunan Industri Asas Tani, kita yakin sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan tani akan dapat dicapai lebih awal sebelum 2010.

“Semua 8,300 usahawan tani tersebut ketika ini menghasilkan produk pertanian berjumlah RM25 juta setahun dan kerajaan akan terus membantu agar sasaran pendapatan bulanan mereka melebihi RM2,000 dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa-mangsa Banjir Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar Pagoh, dekat sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Mohd. Taat dan wakil penduduk yang terdiri daripada ketua kampung dan ketua pusat pemindahan kawasan yang terlibat bencana itu penghujung tahun lalu.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh memberitahu, usahawan yang mendapat bantuan itu antaranya terlibat dalam pemprosesan bahan asas tani termasuk makanan berasaskan ikan, daging serta buah-buahan.

Katanya, kerajaan juga berusaha memastikan pelaksanaan skim itu dapat disegerakan bagi membolehkan semua yang terlibat menghasilkan produk masing-masing termasuk produk sampingan berasaskan pertanian.

“Saya telah arahkan sekretariat jawatankuasa itu supaya mendapatkan maklumat mengenai usahawan yang layak di seluruh negara yang gagal dalam permohonan mereka disebabkan peruntukan yang terhad.

“Sebagai contoh, sehingga hari ini, seramai 3,847 pemohon telah berjaya, tetapi mungkin lebih 10,000 yang lain gagal kerana peruntukan terhad dan kita akan cuba pertimbangkan semua ini kerana skim usahawan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin memberitahu, kementeriannya sedang mengkaji kemungkinan untuk mencadangkan kepada Kabinet supaya petani yang mengusahakan tanaman dan hasil pertanian menerima insentif sebagai usaha menggalakkan minat mereka meningkatkan hasil keluaran.

Beliau berkata, peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga minyak menyebabkan kos dan input pertanian turut melambung dan tidak mustahil ada petani yang terpaksa gulung tikar.

Keratan Akhbar Industri Asas TAni edisi 1/2008

BEBERAPA KERATAN AKHBAR BERKAITAN PERTANIAN KELUARAN JANUARI 2008



Tuesday, January 1, 2008

DAPATKAN GERAN PERNIAGAAN DARI SMIDEC

Mereka yang berminat untuk mendapatkan sumber pembiayaan terutama dari segi geran ,sila lihat di sebelah kanan ruangan sumber pembiayaan dan klik smidec. BAnyak geran perniagaan disediakan. Rebutlah peluang ini.............

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI