Thursday, April 29, 2010

Faedah-faedah Penubuhan Syarikat Sendirian Berhad

CGC mempunyai pelbagai skim untuk memenuhi kehendak anda.
Skim Jaminan Laluan Terus
Skim Jaminan Usahawan Kecil
Skim Kredit Enhancer-i
Skim Jaminan Anjal
Skim Pembiayaan Francais
Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i
Skim Jaminan Laluan Terus-i
Skim Kredit Enhancer
Direct Access Guarantee Scheme Start Up
Skim Jaminan Bank Terus
Skim Pembiayaan Teknologi Hijau

Adakah anda diketepikan kerana saiz perniagaan anda yang kecil? Adakah anda tidak layak untuk mendapatkan kebanyakan kontrak-kontrak kerana syarikat anda tidak diperbadankan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM/ dahulunya dikenali sebagai ROC)? Sekiranya anda mangalami keadaan-keadaan berikut anda mungkin patut mempertimbangkan untuk memperbadankan syarikat anda di bawah status Sendirian Berhad.


Walaupun anda baru sahaja ingin memulakan perniagaan, anda seharusnya menilai produk-produk dan para pelanggan anda dengan berhati-hati sekiiranya anda berpendapat adalah lebih baik anda memulakan perniagaan sebagai Sendirian Berhad daripada perniagaan jenis empunya tunggal atau perkongsian.

Tidak dapat dinafikan bahawa adalah lebih mudah menguruskan perniagaan jenis empunya tunggal atau perkongsian dari segi pentadbiran dan bayaran cukai dan kos yang lebih rendah, tetapi perniagaan jenis ini akan menjejaskan perkembangan perniagaan anda sekiranya anda bercadang untuk mengembangkan dan mendapatkan para pelanggan yang lebih besar di masa hadapan.


Faedah-faedah utama sebuah syaikat yang berstatus Sendirian Berhad


Perlindungan Liabiliti- Sebuah syarikat Sendirian Berhad adalah entiti sah yang berasingan daripada ahli-ahli individu syarikat itu. Ia bermaksud aset-aset persendirian ( sedia ada dan tidk dihasilkan) dilindungi daripada kerugian perniagaan sekiranya syarikat anda tidak dapat membayar balik hutang-hutang dan /atau disaman untuk sejumlah wang yang diluar keupayaan syarikat untuk membuat pembayaran balik. Di dalam Syarikat Sendirian Berhad, tanggunjawab anda hanyalah setakat jumlah saham yang anda miliki di dalam syarikat tersebut atau sekiranya anda atau rakan kongsi penjadi penjamin dan berlakunya pembubaran atau likuidasi, liabiliti anda hanyalah setakat jumlah sumbangan yang telah anda setuju untuk laburkan ke dalam aset-aset syarikat


Kewujudan Berterusan dan Pengenalan yang Lebih baik- penubuhan, penyelenggaran dan pembubaran syariakt Sendirian Berhad memakan masa yang lama dan perbelanjaan yang banyak terutamanya dari segi yuran guaman dan kesetiausahaan. Namun demikian, Syarikat Sendirian Berhad mempunyai jangka hayat yang lebih lama dan lebih berterusan daripada empunya tunggal. Lebih-lebih lagi syarikat Sendirian Berhad tidak akan terbubar dengan kematian seorang pemegang saman. Hakmilik terhadap saham tersebut akan dipindah milik kepada waris si mati.


Institusi-institusi kewangan, agensi-agensi kerajaan dan entiti-entiti perniagaan yang besar lebih gemar berurusan dengan syarikat-syarikat Sendirian Berhad terutamanya di dalam projek-projek besar kerana ketetapan struktur kewujudanya dapat menawarkan kestabilan, kesinambungan dan perlindungan yang lebih.

Perlindungan terhadap Nama Syarikat - Sekiranya sesebuah syarikat Sendirian Berhad telah mendaftarkan nama di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan nama tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat malaysia (SSM), nama tersebut tidak boleh digunakan oleh syarikat-syarikat lain bagi tempoh kewujudan syarikat anda dan selama beberapa tempoh selepas pembubaran syarikat anda.


Pilihan-pilihan kewangan yang lebih- selain daripada mengambil bantuan kewangan, wang boleh diperolehi melalui penjualan stok kepada penjual-oenjual persendirian. Di peringkat-peringkat akhir, saham ini boleh ditawarkan kepada umum sekiranya syarikat tersebut menukar status kepada syarikat berhad atau syarikat awam berhad.


Syarikat-syarikat Sendirian Berhad selalunya mempunyai keupayaan untuk mendapatkan rangkaian perdagangan dengan lebih mudah daripada empunya tunggal.


Ketelusan dan Pengemaskinian Pentadbiran- akaun-akaun syarikat haruslah mematuhi piawaian –piawaian tegas yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Akaun –akaun audit tahunan mengenai keuntungan dan kerugian berserta kunci kira-kira syarikat haruslah diberikan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk dilekapkan kepada satu pangkalan data yang boleh dilayari oleh orang awam.


Dari segi undang-undang semua syarikat-syarikat sendirian Berhad haruslah menggaji perkhidmatan seorang Setiausaha Syarikat untuk membantu dalam pendaftaran syarikat., memfailkan minit-minit mesyuarat dan resolusi-resolusi syarikat, dan akaun tahunan syarikat. Setiausaha-setiausaha syarikat ini mematuhi piawai-piawai yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sekaligus ini membantu mengemaskinikan pentadbiran syarikat-syarikat Sendirian Berhad di Malaysia.


Status Perintis dan Koridor Raya Multimedia (KRM)- ataupun syarikat-syarikat Sendirian Berhad dikenakan cukai korporat sebanyak 28% di Malaysia, syarikat-syarikat ini boleh memohon untuk mendapatkan status perintis atau status KRM. Status perintis manawarkan 100% pengecualian daripada cukai pendapatan statutori. Insentif ini diberikan pada peringkat pertama untuk tempoh lima tahun. Syarikat-syarikat dibawah KRM juga boleh memohon untuk mendapatkan status perintis. Syarikat-syarikat ini layak mendapat Cukai Elaun Pelaburan sebanyak 100% (ITA), geran-geran R&D (untuk majoriti syarikat-syarikat milik Malaysia yang berstatus KRM) dan mempunayai kebebasan untuk mencari modal dan mendapatkan pendanaan secara global. Faedah-faedah unik yang lain adalah seperti pengimportan kelengkapan multimedia secara bebas cukai (MDC), dan mendapat laluan ke agensi- agensi setempat, Perbadanan Perkembangan Multimedia (MDC), untuk tujuan perlesenan dan peraturan-peraturan lain. Faedah-faedah ini berubah dari semasa ke semasa, oleh itu adalah lebih baik untuk menyemak faedah-faedah terkini secara langsung di www.msc.com.my dan juga www.mida.gov.my.


Hakmilik dan Keperluan-keperluan modal sebuah Syarikat Berhad


Sesebuah syarikat Sendirian Berhad seharusnya mempunyai pemegang saham yang paling minimum sejumah dua orang dan yang paling maksimumnya 50 orang. Seorang direktor syarikat haruslah orang sebenar yang mempunyai principal atau tempat tinggal di dalam Malaysia.


Dari segi modal, bagi memulakan sebuah syarikat Sendirian Berhad anda hanya memerlukan modal berbayar yang minimum iaitu sebanyak RM2. Modal ini boleh dinaikan atau ditambah pada bila-bila masa atau sekiranya diperlukan.


Mengambil Langkah Pertama


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peraturan-peraturan yang menguasai syarikat-syarikat Sendirian Berhad anda boleh layari laman webnya iaitu: www.ssm.gov.my atau mendapatkan bantuan perunding seperti sebuah Syarikat Kesetiausahaan yang berpiagam. Terdapat banyak syarikat-syarikat begini yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.


Sekiranya anda tidak pasti syarikat kesetiausahan mana yang anda patut pilih, anda bolehlah merujuk kepada rakan-rakan yang mempunyai syarikat. Anda juga bole membuat pilihan secara rawak berdasarkan senarai yang disediakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.


Apabila anda telah mendapat senarai terpilih, anda bolehlah membuat panggilan untuk mendapatkan informasi lebih. Melalui respon yang diberikan anda akan dapat mengetahui syarikat mana yang suka membantu, profesional, boleh memberikan maklumat, dan bersesuaian dengan citarasa anda. Aturkan temujanji dengan 2-3 setiausaha-setiausaha ini. Pilih dan lantiklah Setiausaha Syarikat yang dapat memenuhi kehendak anda.


Julat yuran tahunan Setiausaha Syarikat adalah diantara RM1500 kepada RM5000. Jumlah ini kadang-kadang termasuk yuran tahunan yang telah diaudit kerana kebanyakan daripada Setiausaha-setiausaha syarikat ini juga bertambat dengan Akauntan-akauntan dan menawarkan perkhidmatan mereka secara pakej. Di Malaysia, adalah wajib untuk menggunakan khidmat Setiausaha Syarikat yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.


Anda haruslah membuat permohonan pertama di Suruhanjaya Syarikat Malaysia melalui Setiausaha Syarikat untuk memastikan sama ada nama yang telah anda rancangkan untuk syarikat anda masih lapang. Jika nama tersebut masih belum digunakan oleh syarikat-syarikat lain, penempahan selama 3 bulan haruslah dilakukan keatas nama tersebut dari tempoh kelulusan. Di dalam tempoh 3 bulan tersebut anda haruslah menyerahkan Memorandum dan Tataurusan Persatuan, Borang 6 dan Borang 48A berserta dengan yuran pendaftaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.


Borang 48A Akuan Berkanun diperlukan untuk setiap Direktor dan pemohon-pemohon saham. Sesebuah syarikat haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 2 direktor didalam Tataurusan Persatuan syarikat dan dua orang pemohon-pemohon saham di dalam Memorandum dan Tataurusan Persatuan syarikat yang telah dicadangkan . Borang 6 di dalam Tataurusan Persatuan syarikat yang telah dicadangkan harus mempunyai nama seorang setiausaha syarikat.


Apabila mendaftarkan sesebuah syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia akan mengeluarkan Sijil Penubuhan.

Anda juga bolehlah berbincang dengan rakan-rakan yang telah pun memiliki syarikat Sendirian Berhad. Secara lazimnya mereka telah melalui kesemua proses-proses ini, dan oleh itu mereka mampu memberikan informasi mengenai isu-isu yang patut anda beri perhatian dan secara amnya memberikan nasihat-nasihat yang relevan.

Artikel ini disediakan oleh Spire Media & Research

No comments:

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI