Thursday, May 13, 2010

Kepantasan dalam PErniagaan

Sun Tzu pernah menyatakan

“Kepantasan adalah perkara paling penting dalam peperangan”.

Kita perlu menjadi orang yang mementingkan kepantasan sejak mula membuat perancangan sehingga peringkat pelaksanaan. - Khoo Kheng Hor, Sun Tzu’s Art of War in Marketing.

Kita perlu ada ciri pantas dalam perniagaan kita. Tetapi perlu diingat bahawa ini bukan bermakna kita perlu gopoh gapah, gelojoh dan kelam kabut hingga mengubah kualiti produk. Dari sudut mana yang perlu kita pantaskan dalam menjalani perniagaan kita…

1.Kepantasan menyelesaikan masalah pelanggan

Perniagaan adalah penyelesai masalah. Aduan, cadangan, permintaan dan suara daripada pelanggan perlu didengar. Komen yang baik dan dirasakan perlu mengikut keadaan semasa perlu dibuat dengan cepat tanpa perlu lengah-lengah lagi. Lebih-lebih lagi komen itu boleh memperbaiki mutu keluaran dan akan meningkatkan pendapatan perniagaan.

2.Kepantasan memperbaiki mutu produk / perkhidmatan

Perniagaan tidak boleh lari daripada persaingan. Jika kita lewat berubah, kita akan dipotong oleh pesaing kita. Cepat untuk memperbaiki produk yang anda tawarkan. Jika tidak pelanggan akan lari kepada pesaing yang cepat memperbaiki kualiti produk.

3.Kepantasan dalam perancangan dan pelaksanaan

Dan perkara utama dalam menguruskan perniagaan tidak lari sama seperti menguruskan bala tentera dalam peperangan. Rancang dan laksana, fikirkan dan lakukan. Segala perancangan atas kertas memang senang ditulis. Tetapi apabila datang kepada pelaksanaan ramai yang cuba lengah-lengah. Cepatkan pelaksanaan dan kita cepat mengetahui kelemahan untuk cepat memperbaiki pula kelemahan itu.

Amalkan kemahiran baru ini untuk diaplikasikan dalam perniagaan kecil anda. Cuba jawab telefon kurang 1 saat daripada deringan, laporkan kembali penyelesaian masalah kepada pelanggan dalam tempoh kurang satu hari dan lakukan terus perancangan pada hari esok. Pasti pelanggan akan terkejut dengan pembaharuan anda.

No comments:

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI