Tuesday, May 21, 2019

Sasar buka 1,000 kedai di 15 negara

2

Tealive kini mempunyai 250 cawangan di Malaysia dan mahu berkembang di peringkat global.





KUALA LUMPUR 20 Mei - Loob Holding, pemilik jenama teh popular Tealive menyasarkan untuk membuka sebanyak 1,000 kedai di 15 buah negara menjelang tahun hadapan dalam usahanya mengembangkan operasi luar negara secara agresif.


Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo berkata, antara negara yang dilihat berpotensi bagi operasi Tealive adalah China, Vietnam dan Australia dan selain untuk turut mengukuhkan kedudukannya ke United Kingdom bulan ini.

Bryan berkata, sebagai pe­neraju pasaran, Tealive, yang kini mempunyai 250 cawangan di Malaysia, berminat untuk menyebarkan budaya teh gaya hidup moden kepada dunia.

“Ia terus berkembang menerusi pengembangan strategik, inovasi produk serta perkhidmatan dan sentiasa menambah baik pengalaman pelanggan.

“Sebagai contoh, kami kini membuat minuman di hadapan pelanggan di kedai-kedai utama, memberikan mereka pandangan secara dekat proses membuat teh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syarikat akan menerima antara 1,200 hingga 1,500 tenaga kerja untuk memastikan kelancaran operasi Tealive dengan anggaran lima pekerja untuk setiap cawangan.

Menurut Bryan, semasa awal penubuhan Tealive, Loob Holding mempunyai misi bukan sahaja untuk membudayakan minuman teh moden di negara ini malah turut menyasarkan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia.

“Tealive adalah lebih daripada sekadar sebuah organisasi di mana anda bukan sahaja boleh mengasah bakat anda sebagai seorang usahawan berjaya, bahkan anda juga boleh mempelajari serta membabitkan diri dalam pengurusan sebuah perniagaan makanan dan minuman (F&B) yang sangat menguntungkan.

“Memandangkan bidang keusahawanan adalah satu daripada nilai-nilai teras yang diterapkan di dalam Loob Hol­ding sebagai sebuah organisasi, kami sedaya upaya memupuk serta melahirkan lebih banyak usahawan F&B. Ini adalah melalui polisi modal insan serta program-program pengurusan tenaga kerja yang kami anjurkan,” katanya.
 

No comments:

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI