Friday, October 23, 2020

9 Perkara Belajar Daripada Amazon

 

Budaya menjadi senjata luarbiasa mereka

Hari ni Ahyat dijemput dalam satu bisnes group melawat sebuah syarikat gergasi dunia Amazon.com. Jualan setahun mereka ni mencecah rm1 trillion setahun (Rujukan 1). Mereka ni dianggap 4 gergasi teknologi bersama Google, Apple, FB. Diasas pada tahun 1994 oleh Jeff Bezos, lelaki terkaya dunia (Rujukan 2).

Ni antara benda benda yang Ahyat belajar tadi di AWS: Amazon Web Services di pejabat mereka di KL Eco City dekat Bangsar.

1.Setiap hari macam hari pertama

Mereka ada culture Day 1. Maksudnye setiap hari macam hari pertama. Ini supaya mereka sentiasa bersemangat. Sentiasa berkobar berkobar. Sentiasa tak selesa. Bila dah selesa, bermulalah kejatuhan.

2. Segala galanya untuk pelanggan

Semua yang mereka lakukan adalah untuk memberikan perkhidmatan untuk pelanggan pelanggan mereka. Kepuasan hati pelanggan menjadi nombor satu. Daripada itu mereka work backwards untuk susun apa yang perlu dibuat.

3. Mesti kalahkan diri sendiri

Mereka membenarkan seluruh team mereka berfikir dan inovasi. Malah mereka akan cabar idea idea sendiri. Sebelum orang lain yang disrupt, mereka mahu disrupt diri sendiri. Kerana mereka tak mahu pesaing yg kalahkan idea idea n service service yang ada, mereka kena kalahkan diri sendiri sebelum pesaing kalahkan mereka!

4. Laju dan experimen

Idea dan service service baru ni ramai orang pun boleh buat. Tapi mereka mahu jadi lagi laju daripada orang lain. Mereka mahu roll out apa apa service tu dengan laju. Setiap tindakan mereka tu mereka lihat sebagai experimen kerana takkan tahu apa sebenarnye hasilnye nanti. So taknak sembang banyak, buat terus.

5. Kegagalan tak bermaksud bodoh 

Failure does not mean incompentence. Bila laju buat tindakan, kalau tak berjaya, itu tidak dianggap sebagai satu kebodohan. Itu hanya menunjukkan bahawa mereka jumpa satu jalan yang tidak menghasilkan results yang mereka mahukan. Malah setiap kegagalan mereka membawa kepada produk dan servis baru yang tetiba jadi super power.

6. Cinta kepada data

Mereka takde budaya sembang kencang. Semua benda mesti buat. Mesti experimen dan semua benda diukur. Mereka kata, kalau benda tu tak boleh diukur, mereka takkan experimen dan spend duit. Data akan win. Cakap ni kosong. Kalau cakap cakap takde data, mereka akan challenge dgb experimen.

7. Pengambilan pekerja sangat penting

Nak ambil pekerja ni satu proses yang sangat berat. Ada banyak step dan prosidur. Pekerja lain akan dilibatkan untuk membincangkan pengambilan pekerja baru. Setiap orang akan dicabar untuk terangkan kenapa mereka rasa pemohon pemohon itu sesuai atau tidak diambil. Mereka takkan ambil orang yang tak boleh sesuaikan diri dengan budaya Amazon.

8. Pekerja diberi kuasa untuk stop produk

Kuasa diberikan kepada setiap peringkat syarikat mereka untuk keluarkan satu satu produk daripada sistem. Mereka taknak jual produk yang pekerja mereka lihat sebagai tak bagus. Ofkos ada prosidur2nye tapi kuasa itu diberikan kepada semua pekerja mereka.

9. Penjimatan akan diberikan kepada pelanggan

Bila bila diorang dapat penjimatan kos, ia akan diberikan kepada pelanggan. So ada perkhidmatan perkhimatan mereka yang akan semakin murah bila penjimatan kerana volume yang tinggi atau harga daripada pembekal turun.

Banyak lagi yang Ahyat belajar hari ni. Tapi ni antara yang sempat share. Usahawan kena terus belajar. Especially daripada syarikat syarikat gergasi dunia. Semoga kita semua diberikan peluang untuk belajar untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat!

Rujukan:https://pejuanghartanah.com/9-perkara-ahyat-belajar-daripada-amazon/

1 comment:

Alta Finance LLC said...

PROGRAM PINJAMAN MUDAH

Pada masa ekonomi yang tidak menentu ini, banyak orang mendapati diri mereka menghadapi situasi di mana mereka boleh menggunakan bantuan kewangan. Sama ada untuk kecemasan, pembaikan rumah, menggabungkan hutang atau percutian keluarga - pinjaman peribadi dengan faedah rendah adalah kaedah yang selamat dan boleh dipercayai untuk memenuhi keperluan kewangan anda. Di Alta Finance LLC, kami pakar dalam program pembiayaan Pinjaman yang Boleh dipercayai dan cekap.

Sila kunjungi laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan kami www.altafinance.org

Hubungi saya melalui e-mel peribadi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses pinjaman kami
E-mel: robertraymond@altafinance.org
Whatsapp: +17026022533

Terima kasih.

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI