Thursday, August 12, 2021

Jana pendapatan RM8 juta jual bertih jagung

 

Rutin hariannya bermula sebelum Subuh dengan mengupas bawang dan membantu bapa saudaranya menguruskan kedai selepas kematian arwah ayah.

Mohamad Shazarul (kiri) mengupas bawang bagi membantu bapa saudaranya di kedai. - FOTO Eng's Popcorn

Masih merasakan ia tidak mencukupi, beliau mengambil keputusan untuk berniaga bertih jagung pada tahun 2018.

Idea itu tercetus selepas beliau terlihat mesin pembuat bertih jagung milik kakaknya, lalu cuba menghasilkannya untuk makan sendiri.

Bau wangi bertih jagung dan rasanya yang enak mendapat sambutan serta menarik minat jiran untuk membelinya hari demi hari.

Dari situ beliau mula serius untuk menjual bertih jagung sehingga mampu mencapai jumlah jualan sehingga RM152,000 sepanjang enam bulan beliau memulakan perniagaan.

Kehidupan anak kelima daripada lapan adik-beradik yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini terus berubah selepas mengikuti kakaknya menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) anjuran RichWorks.

Daripada niat hanya untuk menemani kakak, beliau menerima impak besar kepada dirinya hingga berjaya membuang semua perasaan negatif ketika itu.

Mohamad Shazarul berkata, beliau mula sedar dan dapat menjaga hubungan dengan Allah SWT sejak menyertai IMKK.

"Saya dapat kenal yang kita semua ada potensi untuk berjaya, Alhamdulillah kelas IMKK saya baru kenal Datuk Wira Dr Azizan Osman yang banyak mengubah saya mengenai bernilainya kehidupan dan belajar buat apa di tangan," katanya.

Image

Kini, Mohamad Shazarul mempunyai kilang seluas 21,000 kaki persegi di Batu Pahat, Johor dengan bantuan 50 tenaga kerja.

Bukan itu saja, beliau juga berjaya memiliki kereta idamannya iaitu Mercedes Sport Model GLA 45 AMG.

Antara ejen Eng's Popcorn yang mencapai jumlah jualan tertinggi. - FOTO Eng's Popcorn

Malahan, Eng's Popcorn turut mencapai jualan sehingga RM8 juta pada tahun lalu biarpun ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama.

Image

Mohamad Shazarul berkata, nama Eng's Popcorn berasal daripada moyangnya yang berketurunan Cina.

Akibat tidak mahir dengan sebutan nama arwah bapanya Ismail, moyangnya itu hanya menyebut Eng's.

"Nama Eng's Popcorn saya pakai sebagai tanda penghargaan buat ayah yang ketika dia hidup, saya tak dapat balas jasanya," katanya.

Beliau berkata, ada pengguna khususnya mereka yang beragama Islam sering ragu-ragu untuk mencuba produk Eng's Popcorn.

"Perniagaan Eng's Popcorn 100 peratus milik Muslim Bumiputera dan dijamin halal," katanya.

Layari https://linktr.ee/engspopcorn_hq untuk mencuba produk Eng's Popcorn hari ini.

No comments:

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI