Ya, sudah menjadi kebiasaan saya bila ada je orang tak kenal atau prospek bertanyakan tentang bisnes atau produk saya akan memperkenalkan diri terlebih dahulu (ini adab berkenalan) sebelum kita tanya siapa orang tu.
Apa kesannya kepada bisnes anda?
Pasti ia mempunyai kesan yang menakjubkan!
Ditambah lagi jika anda memberi posting gambar semasa anda ketika itu. (ini wajib buat!)
Ia terus akan meningkatkan kepercayaan kepada anda lebih 50%!! (selebihnya kerja jadi mudah!)
Biasanya bila anda buat macam ni, maka akan berlaku beberapa perkara yang penting sebelum berlaku transaksi bisnes:
1. Mereka sudah NAMPAK anda
2. Mereka KENAL nama anda dengan muka anda
3. Mereka SUKA dengan ketelusan anda.
4. Mereka mudah untuk PERCAYA kepada anda
Itulah 4 proses marketing yang mesti kita lalui tidak kira dalam masa-mana platform sekalipun.
Ok mana pergi 50% lagi?
IA bergantung kepada cara anda memberi content kepada mereka.
Jangan teruja sangat nak terus menjual kepada mereka, tetapi gunakan pendekatan berikut:
A >> BERI PERHATIAN (dengar , korek cerita dulu apa masalah mereka, tunjukkan minat anda untuk membantu mereka)
B >> BERI PENYELESAIAN (mula memberi solusi yang anda ada untuk mereka, tunjukkan testimoni, keberkesanan produk/servis)
C >> BERI LAYANAN (beri layanan terbaik kepada mereka yang anda dapat walaupun selepas mereka menjadi pelanggan anda, cth: tanya kabar, perkembangan, kerap berhubung)
Dan akhir sekali, jangan berhenti followup
.Letakkan mereka di dalam group atau broadcast “cold prospect” anda , untuk anda sentiasa membuat hubungan dengan mereka walaupun mereka belum membeli lagi.
Tetapi percayalah dengan method ini, mereka akan lebih suka dan mudah untuk berurusan dan membeli dari anda pada ketika itu juga atau pada masa akan datang.
——————————————————–
TIPS BONUS: Menurut pakar jualan, cara paling mudah untuk menjual di dunia adalah dengan mengadakan komunikasi one by one.
Oleh itu, sebagai tambahan anda wajib untuk CALL mereka walaupun sekali atau buat VOICE RECORDING kepada mereka.
Dengan mendengar suara anda, ini melonjakkan lagi kepercayaan dan kesukaan mereka kepada anda!
Kredit to : https://www.sibersukses.com/cara-beri-impak-berkesan-kepada-jualan-anda-di-whatsapp/
No comments:
Post a Comment