Tuesday, September 26, 2023

CARA TANAM HALIA YANG BETUL, SENANG JE RUPANYA!

Halia berasal dari Asia Pasifik yang dibawa ke India dan China. Terdapat tiga jenis halia di mana mempunyai manfaat yang berbeza iaitu halia putih besar, halia putih kecil dan halia merah.

IKLIM




Untuk menanam halia ia memerlukan curahan air hujan yang agak tinggi, antara 2,500-4,000 mm / tahun dan pada usia 2.5 hingga 7 bulan atau lebih, tanaman halia memerlukan cahaya matahari. Penanaman halia harus dilakukan di tempat terbuka sehingga mendapat sinar matahari sepanjang hari. Suhu udara optimum untuk penanaman halia adalah antara 20-35 oC.

PEMBENIHAN


Benih halia diambil dari rizom halia yang tua dan rizom halia mesti diambil dari kebun. Rizom terpilih dari halia yang berumur 9-10 bulan.

PENYEDIAAN TANAH


Sebelum membajak tanah, pastikan pH tanah melebihi enam, jika kurang dari pH enam maka anda perlu menambahkan kapur. Penyiapan tanah dimulakan dengan membajak sedalam 30 cm dengan tujuan mendapatkan keadaan tanah atau serpihan yang longgar dan membersihkan rumpai. Tanah akan dibiarkan selama 1 minggu untuk membunuh kulat dan perosak dengan menggunakan cahaya matahari. Selepas 1 minggu, tabur baja organik atau kompos yang cukup di kawasan tanah. Kemudian, tanah siap untuk ditanam halia.


CARA TANAM & PENYELENGARAAN



Penanaman halia harus dilakukan pada awal musim hujan sekitar bulan September dan Oktober. Ini kerana tanaman muda akan memerlukan air yang cukup untuk pertumbuhannya.

Pembersihan rumpai sebaiknya dilakukan 3 minggu sekali dan pangkal pokok halia mesti ditimbun tanah untuk menutupi rizom halia yang kadang-kadang akan timbul di atas tanah.

PEMBAJAAN & PENYIRAMAN


Dengan kuantiti 1kg per pokok baja organik diperlukan pada awal penanaman. Pembajaan dilakukan pada usia tiga, enam dan 10 bulan dan ditambah menjadi 2kg.

Lebih memudahkan kerana tanaman halia tidak memerlukan terlalu banyak air untuk pertumbuhan kecuali pada awal tanaman. Justeru, penanaman lebih baik dilakukan pada awal musim hujan sekitar bulan September.

TUAIAN


Halia boleh dituai seawal usia kira-kira empat bulan dengan mematahkan sebahagian rizom dan membiarkan sisanya hingga tua. Sekiranya halia hendak dipasarkan, halia dituai ketika sudah cukup tua (10-12 bulan), dengan ciri warna daun berubah dari hijau menjadi kuning dan batang semuanya kering.

Cara penuaian yang betul adalah menggunakan garpu atau cangkul. Selepas itu halia dikeringkan di atas papan atau daun pisang selama lebih kurang 1 minggu. Kawasan simpanan hendaklah terbuka, tidak lembab dan tidak diletak secara bertimbun.

No comments:

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI