Tuesday, July 24, 2012

3 pihak bergabung jalin usahasama


NURAINN AZHAR
21 Julai 2012
3 pihak bergabung jalin usahasama

KOLABORASI Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Perwira Niaga Malaysia (Pernama) dan Singer menjadi platform bekas anggota tentera menceburkan diri dalam bidang keusahawanan khususnya peruncitan.

Pengurus Besar Pernama, Datuk Ab Wahab Khalil berkata, menerusi kolaborasi itu, ketiga-tiga pihak telah memilih 30 bekas anggota tentera dan menyampaikan sijil ejen jualan kepada mereka.

Menurutnya, penerima sijil akan dilantik sebagai ejen jualan selama tiga hingga enam bulan bagi mendapatkan pendedahan mengenai perniagaan runcit barangan elektrik dan kelengkapan rumah.

“Selepas tempoh tersebut, mereka akan menjalankan orientasi bersama Singer. Bagi ejen berminat membuka kedai sendiri akan dibantu mengenal pasti lokasi strategik.

“Pelaburan sebanyak RM30,000 diperlukan bagi pembukaan sesebuah kedai yang dilengkapi dengan stok jualan,” katanya selepas menyampaikan sijil ejen jualan kepada 30 penerima di Sungai Buloh, semalam.

Pengerusi Perhebat, Laksamana (B) Tan Sri Ilyas Din berkata, rentetan kejayaan program usahawan francais Pernama, 7-Eleven dan Perhebat pada 2009, kini mereka mengambil inisiatif menjalin usaha sama bersama Singer.
Sumber:sinar harian

No comments:

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI