Tuesday, July 31, 2012

SENJATA SULIT USAHAWAN JUTAWAN




MERANCANG & MENETAPKAN MATLAMAT

``Tuhan tidak akan menolong mengubah
hidup seseorang manusia
jika manusia itu sendiri tidak mahu menolong
dirinya untuk berubah.``

Dan,

``Usahawan yang gagal membuat
perancangan untuk perniagaan,
dia telah merancang untuk gagal dalam perniagaan.``


Menetapkan matlamat dan membuat perancangan adalah dua aktiviti yang berbeza. Walaubagaimanapun, kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain. Menetapkan matlamat dan merancang adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan seorang usahawan yang berjaya.

Untuk mentransformasikan diri anda menjadi usahawan berjaya dan seterusnya menjadi usahawan jutawan, anda perlu menjadikan kedua-dua aktiviti berkenaan sebagai tabiat. Usahawan jutawan mempunyai pelbagai matlamat dan impian yang ingin dicapai. Mereka membuat perancangan dan merangka strategi bagaimana untuk mencapai matlamat dan impian tersebut.

Betul kata anda! Semua orang mempunyai matlamat dan membuat perancangan, tetapi apa yang membezakanya ialah,


a) Orang biasa menetapkan matlamat dan membuat perancangan cara orang biasa.
b) Usahawan menetapkan matlamat dan membuat perancangan cara usahawan.
c) Jutawan menetapkan matlamat dan membuat perancangan cara jutawan. 


ANDA PULA BAGAIMANA?
Tepuk dada tanya selera....

No comments:

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI