Tuesday, June 24, 2014

Insurans sesuai penting bagi PKS

TAHAP kesedaran dalam pengurusan risiko dan perlindungan insurans dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih rendah, kata Pengerusi SME Corporation Malaysia (SME Corp) Datuk Ir Mohamed Al Amin Abdul Majid.

Menurutnya, terdapat PKS yang hanya mempunyai perlindungan insurans asas, manakala kebanyakannya masih tidak mempunyai insurans perniagaan yang bersesuaian untuk melindungi perniagaan dan pekerja mereka.

“PKS disaran untuk memiliki perlindungan yang bersesuaian dengan perniagaan masing-masing bagi memastikan kelancaran aktiviti dan operasi perniagaan,” katanya dalam majlis pelancaran penyelesaian insurans untuk PKS, SmartBusiness oleh AXA Affin General Insurance Bhd (AXA Affin) di Kuala Lumpur, semalam.Sementara itu, AXA Affin menyasarkan mencatat premium RM10 juta bagi SmartBusiness dalam tempoh 12 bulan akan datang.

SmartBusiness menawarkan tiga produk iaitu peruncitan, kecantikan dan kesihatan serta perkhidmatan khusus.

Ketua Pegawai Eksekutif AXA Affin Emmanuel Nivet berkata, syarikat itu akan terus komited dalam mengimbangi penawaran serta permintaan untuk mencipta nilai yang berkualiti kepada pelanggan.

"SmartBusiness bukan saja memberi perlindungan kebakaran tetapi juga untuk semua aspek perniagaan dengan tiga spesifik perdagangan termasuk kesan peribadi terhadap pelanggan, transaksi perniagaan, kerugian serta kerosakan atau kelewatan penghantaran produk.

“SmartBusiness ini turut meliputi tuntutan bayaran pendahuluan tunai 20 peratus bergantung kepada anggaran kerugian yang dialami PKS,” katanya.

Sumber:Sinar Harian

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI