Tuesday, June 10, 2014

SKIM PEMBIAYAAN USAHAWAN VETERAN ATM TANPA FAEDAH

SKIM PEMBIAYAAN MIKRO – USAHAWAN VETERAN – ATM
 (SPM – UV- ATM)

1)                           LATARBELAKANG
Skim ini dilancarkan di Kuala Kangsar pada 15 Disember 2012 dan dilaksanakan dengan kerjasama di antara PERHEBAT & TEKUN NASIONAL.Skim ini berkonsepkan pembiayaan tanpa faedah untuk Veteran ATM di mana PERHEBAT menanggung kos pengurusan sebanyak 2.5% setahun untuk setiap peminjam.Tujuan pinjaman adalah untuk mengembang/memulakan perniagaan sahaja.
Golongan sasar adalah di kalangan usahawan-usahawan mikro seperti pengusaha gerai, pengusaha kedai runcit, mengusaha pertanian dan penternakan dan lain-lain.

2)                           SYARAT-SYARAT SKIM PEMBIAYAAN
  Untuk bekas tentera samada pencen atau tidak pencen (veteran ATM)
  Berumur tidak lebih 65 tahun
  Layak kepada yang sedang berniaga manakala;
  Bagi permohonan untuk memulakan perniagaan, pemohon hendaklah mempunyai modal sendiri atau menunjukkan komitmen perniagaan sebanyak 20%.
  Skim menawarkan pinjaman sehingga maksimum RM50,000 bergantung kepada:-
i.                    Jumlah yang dipohon
ii.                  Jenis dan saiz perniagaan
iii.                Laporan dari TEKUN kawasan/Bahagian Pinjaman
iv.                 Penilaian Jawatankuasa
v.                   Dokumen-dokumen sokongan
  Tempoh pinjaman antara 1 bulan sehingga 5 tahun
  Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah
  Pihak TEKUN kawasan/daerah akan membuat laporan penilaian permohonan di premis pemohon.
  Pinjaman tidak layak jika pemohon mempunyai pinjaman perniagaan sedia ada melebihi RM50,000 dengan mana-mana agensi lain.
  Bagi perniagaan bertaraf sendirian berhad (Sdn Bhd), modal berbayar hendaklah tidak melebihi RM100,000
  Satu pinjaman untuk satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan)
  Setiap pemohon hanya layak di bawah skim ini untuk sekali pembiayaan sahaja manakala untuk permohonan kali kedua atau seterusnya, pembiayaan tertakluk kepada kos pengurusan sebanyak 4 %.
  Pinjaman RM10,000 ke bawah dihadkan kepada tempoh pinjaman maksimun 3 tahun sahaja.
Syarat-syarat tambahan untuk permohonan melebihi RM20,000
i.                    Telah menjalankan perniagaan melebihi enam (6) bulan.
ii.                  Menyediakan penyata bank dari akaun semasa untuk 3 bulan terkini.
iii.                Menyediakan unjuran aliran tunai untuk 3 tahun.
iv.                 Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
v.                   Pinjaman tidak dibenarkan bagi tujuan menyelesaikan pinjaman sediada atau pembelian saham syarikat (tujuan pengambilalihan) dan tertakluk kepada syarat semasa TEKUN.

3)                        MAKLUMAT LAIN –

Contoh pengiraan bayaran balik pinjaman
Bayaran balik pinjaman terdiri dari:-
                                               i)                     Bayaran pokok
                                             ii)                     Tabungan simpanan sebanyak 5%
Contoh: Pinjaman berjumlah RM15,000 selama 5 tahun
Bayaran balik: 15,000/60 bulan : 250.00
Tabungan : 15,000 x 5% x 5 tahun/60 bulan : 62.50
Jumlah bayaran balik bulanan: 250.00 + 62.50= RM312.50

4)                        CARA MEMOHON
Pemohon yang berminat boleh mengambil borang di pejabat TEKUN berhampiran atau di Ibu pejabat PERHEBAT (borang JPP 01 & 02 & 06).
Mengisi borang dengan lengkap dan menyertakan semua dokumen sokongan yang diperlukan termasuk salinan buku perkhidmatan.
Hantar ke Ibu pejabat PERHEBAT melalui pos atau datang sendiri

KOMPLEKS PERHEBAT, KEM SUNGAI BULOH,
47000 SUNGAI BULOH SELANGOR
U/P: BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN

TELEFON : 03-61569412 EXT 520/272/229

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI