Sunday, May 3, 2009

Bagaimana untuk menjadikan diri Anda lebih bermotivasi

image -Gambar Hiasan

Apabila kita melihat diri kita dan bersedia untuk melakukan sesuatu, dan kemudian kita tidak berapa gembira untuk melaksanakannya. Walau macam mana pun kita cuba untuk lakukan, sesusah mana pun kita ingin lakukan, ia tetap susah dan boring dan bosan untuk melakukannya terus. Ini adalah berkaitan dengan keupayaan motivasi di dalam diri kita

Apabila kita melihat diri kita dan bersedia untuk melakukan sesuatu, dan kemudian kita tidak berapa gembira untuk melaksanakannya. Walau macam mana pun kita cuba untuk lakukan, sesusah mana pun kita ingin lakukan, ia tetap susah dan boring dan bosan untuk melakukannya terus. Ini adalah berkaitan dengan keupayaan motivasi di dalam diri kita.


Di sini kita bincangkan, bagaimana untuk kita lebih bermotivasi:-

1. Buat keputusan “Kenapa anda perlu melakukannya” : Tidak ada sesiapa di dunia akan melakukan sesuatu kerana ia rela dan “perlu lakukannya”. Ini disebabkan kepada pengaruh lain iaitu “ia perlu dilakukan” atau “paksaan” untuk melakukannya. Ia berkaitan soal hidup di dunia. Namun untuk membina motivate diri dalam “melakukanya” kita perlu cari sebab yang kukuh atau kata lain “keikhlasan” untuk melakukannya.


2. Hadapi dengan berani terhadap kegagalan atau kebimbangan: Jika difikirkan dalam kata erti lain, anda akan malas untuk melakukan sesuatu. Anda akan mula mencari alas an untuk tidak melakukan sesuatu dengan menyalahkan pelbagai factor seperti masa, pengetahuan atau apa jua yang berkaitan. Tetapi, jika ini berterusan dan berterusan anda akan terus berada dalam kegagalan dan kebimbangan.
Dalam pelbagai situasi, ia akan menghantui anda dan kebimbangan ini sering timbul dalam diri kita dalam pelbagai bentuk antaranya:

  • · Kita takut untuk melakukanya, kerana bimbang ia tidak sebaik yang diharapkan
  • · Anda takut untuk bertanya, atau “membuka mulut” kerana takut anda berasa diri bodoh dan tak cukup ilmu
  • · Anda takut terhadap keputusan yang akan berlaku atas apa yang telah anda lakukan

3. Mulakan langkah. Mulakan sesuatu: Sekarang anda sudah tahu apa yang ada dalam diri anda. Anda sudah sedar akan kesilapan dan ingin memulakan sesuatu yang terbaik. Maka, sudah samapai masanya untuk anda memulakan langkah untuk bergerak ke hadapan. Sesuatu yang amat bagus dilakukan adalah menukar suasana atau corak pemikiran anda, dengan ini ia akan mengubah corak pandangan anda. Sekali anda telah bermula, anda akan dapati diri anda di dalam proses perubahan yang akan membawa anda kehadapan.
Sebagai langkah awal, mungkin anda boleh menggunakan kaedah ini:-

·

  • · Lihat semula apa yang telah saya catatkan diatas, dan fikir semula
  • · Kemudian, ambil sehelai kertas dan tulis apa yang perlu diubah dan yang perlu dilakukan
  • · Dari apa yang telah anda tulis tadi, pecah-pecahkan kepada perkara-perkara yang kecil atau kepada perkara yang anda boleh lakukan terlebih dahulu
  • · Seterusnya, jadikan ia sebagai catatan tetap anda. Jadikan ia rujukan dan panduan anda. Kena disiplin lakukannya
  • · Akhir sekali, pergi ke cermin..(pastikan tiada orang yang memerhatikan anda) dan kemudian, SENYUM selebar-lebarnya, katakan anda sudah melakukannya!

No comments:

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI