Monday, May 25, 2009

Renungan : REBUT PELUANG SEBAIK MUNGKIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Renungkanlah....
Jangan berpegang pada pepatah, ringan mulut berat tulang di mana seseorang itu hanya pandai bercakap tetapi malas bekerja. Jika pepatah ini jadi pegangan, kejayaan tidak akan jadi milik anda. Mengharapkan sesuatu yang datang bergolek tidak akan membuka peluang kepada anda mengecapi kejayaan. Usaha mesti dilaksanakan di tambah dengan minat yang mendalam ke arah mencapai kejayaan. Orang lain tidak dapat membantu anda memperolehi sesuatu, melainkan inisiatif sendiri.

Setiap orang diberi peluang memperbaiki dan mencapai apa yang diidamkan tidak kiralah dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Jika pandai manfaatkan peluang yang ada pasti ada hasilnya yang lebih lumayan dan pengorbanan anda akan terbalas.

Menceburi bidang perniagaan , modal bukan halangan utama tetapi ia perlukan kesungguhan dan minat yang mendalam. Apabila sudah ada strategi dan perancangan, perniagaan boleh dimulakan. Bantuan dan nasihat daripada agensi kerajaan dan swasta dapat membantu anda. Insya-Allah apa yang dihajati akan terlaksana dengan jaya.

Namun jika diuji dengan cabaran dan dugaan dengan cepat melatah. Jangan buat kerja seperti melepaskan batuk di tangga. Satu lagi ialah jangan malu bertanya, sekiranya ada ketidakpastian sila berhubung dengan mereka yang pakar.Usahakan agar impian untuk menjadi usahawan berjaya tercapai. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin kejayaan pasti milik anda............

No comments:

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI