Sunday, May 3, 2009

Syed Mokhtar Al-Bukhary

image Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian

"..Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. . .."

Umur - 53 tahun,

  • Pendidikan - SPM,
  • Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM1,425 juta
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
  • Syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg.Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM Bank Muammalat
  • Kereta - Proton Perdana
  • Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam,Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

    Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

    1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

    2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

    3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

    4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

    5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

    6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

    7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

    8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

    9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

    10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

    Sumber : http://uruswang.wordpress.com/2006/11/20/syed-mokhtar-al-bukhary/

    No comments:

    MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

    M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

    M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

    M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

    M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

    M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

    M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

    M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

    M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI