Monday, May 25, 2009

Usaha SMEPACK, MARDI & FAMA

SME Packaging Center Sdn Bhd (Syarikat dibawah Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Malaysia) aktif membentuk usahawan makanan dari luar bandar

Usaha untuk mewujudkan pusat pengualaran makanan secara berpusat yang diusahakan oleh SME Packaging Center Sdn Bhd telah mendapat perhatian oleh pihak pengurusan MARDI dan FAMA sebagai salah satu projek yang mempunyai daya maju untuk menjadi salah sebuah Hub pengeluaran makanan halal dan bersih.

SME Packaging Center yang mempunyai kilang pengualaran makanan di Banting, Selangor telah mendapat perhatian dari pihak MARDI dan FAMA sebagai salah sebuah kilang yang berpotensi untuk dimajukan. Kilang yang telah beroperasi sejak 2005 itu, adalah pusat sehenti bagi usahawan makanan untuk mengeluarkan produk mereka. Di kilang tersebut, usahawan boleh mneggunakan pelbagai peralatan dan perkakasan yang mempunyai teknologi tinggi untuk mengeluarkan produk makanan mengikut piawaian dan spesifikasi terkini.

Disebabkan itu, kilang ini mendapat perhatian oleh pelbagai pihak termasuk bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Atas tujuan itu, peranan SME Packaging Center yang diterajui oleh Mejar (B) Abdul Rahman dikembangkan dengan menjemput kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Terbaru berdasarkan laporan susulan agensi MARDI pada 20 Februari 2008, SMEPACK digalakkan untuk mengembangkan peranan didalam pengualaran makanan terus dari kilang secara lebih aktif. Ini adalah berdasarkan keupayaan kilang SMEPACK menyediakan teknologi pemprosesan dan pembungkusan produk Lauk-pauk sejuk-beku dengan mempunyai Blast Freezer, dan Oven. Berikutan dengan kemampuan usahawna bumiputera yang terhad kini, SMEPACK dilihat upaya untuk mengatasi kemelut yang selama ini melanda usahawan makanan bumiputera di Malaysia.

Berdasarkan permerhatian dan ujirasa yang dijalankan oleh pihak MARDI dan FAMA ketika melawat pengeluaran makanan dari SMEPACK, dari keseluruhan makanan yang dikeluarkan (Asam Pedas, Kari Ikan, Rendang Daging, Thai Green Curry, Sambal Kentang), SMEPACK berjaya menambat selera dengan hasil pengeluaran yang bermutu dan mempunyai daya saing untuk ke pasaran seluruh Malaysia.

SMEPACK mengeluarkan makanan secara sejuk-beku yang mempunyai daya ketahanan (menjamin rasa tidak berubah setelah dipanaskan) sehingga kini mempunyai pelanggan yang melanggan produk siap atau pelanggan (usahawan makanan) yang datang ke kilang untuk menyewa perlatan dan perkakasan bagi pengeluaran produk makanan mereka.

Sebagai perancangan, SMEPACK kini dalam strategi membentuk pakatan perniagan dengan usahawan makanan yang berminat dalam mengembangkan produk makanan sejuk-beku keluaran SMEPACK ke seluruh Malaysia.

Untuk Keterangan Lanjut:
SME Packaging Center Sdn. Bhd.
(Milik Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia)
No. 31, Persiaran Mewah,
Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Tel : 03-91733611 / 40219115 / 012-3045105
Fax : 03-91712694 / 0340215116
Email : smepackagingcentre@hotmail.com Webmail : http://www.packgingcentre.com

No comments:

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI