Sunday, May 3, 2009

Medium Internet Ruang baru untuk Usahawan

Penggunaan yang mencecah 60% penduduk dunia menunjukkan internet menjadi medium yang amat penting bagi hubungan maklumat sesama manusia.

Ruangan Internet & Niaga minggu ini akan membawa pembaca kepada kepentingan jaringan Internet kepada kemajuan dan perkembangan perniagaan. Bagi usahawan di Malaysia, mungkin jaringan internet ini masih baru dan didalam proses pengembangan.

Mungkin bagi sesetengah pembaca, mungkin pertanyaan ini timbul "Apakah kaitan Jaringan Internet dengan Kemajuan Usahawan?". Terlebih dahulu, kami jelaskan maksud internet secara am iaitu "..internet (kependekan daripada perkataan 'inter-network') ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet..." (Rujukan:http://ms.wikipedia.org/wiki/Internet).

Internet secara khususnya, digunakan bagi capaian maklumat secara dalam talian (online). Maka, boleh dikatakan internet menjadi penghubung kepada dunia digital dan dunia analog.

Bagi sesorang usahawan, sebaran maklumat dan medium yangs sesuai perlu difikirkan agar setiap maklumat mengenai perniagaan anda dapat dicapai oleh semua pengguna dengan pantas dan cepat. Kini, medium sebaran maklumat melalui internet kian menjadi "trend" atau gaya baru bagi usahawan di Malaysia. Dari sekecil-kecil maklumat sehingga kepada jualan produk secara on-line. Banyak bukti yang menggambarkan bahawa internet banyak membantu didalam proses pengembangan dan kemajuan sesuatu perniagaan.

yahoo_234050914.jpg

Ambil contoh, melalui internet sesuatu perniagaan itu dapat diperkenalkan dengan pantas hanya dengan carian melalui enjin carian utama (seperti yahoo dan Google). Bukan sahaja ia mudah, malah murah dan cepat.

Mungkin sesetengah usahawan ada yang tidak mengetahui bagaimana ingin menggunakan internet sebagai medium sebaran maklumat perniagaan mereka. Perkara ini tidak perlu menjadi masalah besar, pelbagai buku rujukan dan capaian maklumat yang berguna boleh membantu anda.


No comments:

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI