Wednesday, July 29, 2009

Sentral: Usah pinggir bekas tentera daripada dana bantuan

SEREMBAN: Dewan Perniagaan Bekas Tentera Malaysia (DPBTM) berharap bekas tentera tidak dipinggirkan daripada mendapat dana bagi tujuan meningkat dan mengembangkan lagi aktiviti ekonomi selepas bersara.

Timbalan Presiden DPBTM, Datuk Mohd Nordin Mohamad, berkata institusi kewangan dan agensi berkaitan diharap memberi peluang sama rata kepada bekas tentera untuk merebut peluang memajukan diri dan membina kecemerlangan.

Beliau berkata, ramai di kalangan bekas tentera yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, pemandu bas dan di sektor perkilangan kini berdepan kesukaran kerana situasi ekonomi yang tidak menentu.

"Mereka kini didapati tidak dapat bekerja seperti sebelum ini kesan daripada kegawatan ekonomi hingga menjejaskan kehidupan kerana wang persaraan yang mereka terima tidak dapat menampung sepenuhnya keperluan keluarga.

"Tambahan pula ada kalangan bekas tentera yang baru menyesuaikan diri sebagai orang awam, jadi DPBTM berharap mereka ini dapat diberikan kemudahan untuk mendapatkan pembiayaan bagi membabitkan diri dalam bidang perniagaan.

"Jika hal ini tidak dapat ditangani, bekas tentera akan dibelenggu masalah kewangan yang akhirnya mendorong mereka mendapat pinjaman menerusi institusi haram termasuk kumpulan ceti haram," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian selepas menyampaikan sumbangan insentif wang tunai berjumlah RM145,000 kepada seramai 140 anak bekas tentera yang mencapai kejayaan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, di Taman Sri Kasih Senawang, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian Negeri Sembilan, Zakaria Mohd Yusof.

1 comment:

PESARA ATM said...

Saya seortang veteran ATM yang baru bersara dari perkhidmatan. Saya lihat terlalu sukar untuk mendapatkan peluang di luar sekaligus saya menafikan usaha kerajaan untuk membantu veteran ATM. Pekerjaan sebagai Pengawal Keselamatan begitu sinonim dengan Veteran ATM tetapi veteran perlu keluar dari kepompong jenis pekerjaan ini bukan memandang hina pekerjaan ini tetapi pentadbiran dalam pekerjaan ini seringkali menipu pengawal keselamatan. gaji yang mereka terima kadang2 tertangguh lebih dari sebulan dan bekerja melebihi tempoh bekerja sehingga 24 jam. Dahlah kerja 24 jam tapi gaji tak dibayar dan macam2 lagi. Apakah peranan JHEV ATM, PBTM....saya tak nampak apa mereka buat untuk meningkatkan sosio ekonomi veteran ATM.

http://persaratenteraterabai.blogspot.com/

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI