Tuesday, February 4, 2014

Saran peruncit bumiputera jadi ahli persatuan

SUBANG JAYA 3 Feb. - Persatuan Peruncit-Rantaian Malaysia (MRCA) hari ini menyarankan peruncit rantaian bumiputera mendaftar menjadi ahli persatuannya bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa.

Presiden MRCA, Datuk Nelson Kwok berkata, pihaknya sentiasa menggalak dan membantu ahli-ahli mengembangkan perniagaan ke luar negara serta menfrancaiskan operasi mereka.

Menurutnya, langkah itu sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memberi peluang kepada peniaga bumiputera meneroka peluang lebih besar di pasaran asing dan menarik lebih ramai pelanggan bagi sektor perniagaan Malaysia.

Ujarnya, MRCA menyediakan sokongan dan bantuan dari segi peluang perniagaan, lawatan sambil belajar, misi perdagangan luar negara, perkongsian sumber dan kunjungan sesama syarikat.

Nelson berkata, MRCA yang kini mempunyai seramai 250 ahli hanya mempunyai kira-kira tujuh ahli terdiri daripada bumiputera.

Jumlah itu jika boleh digandakan, katanya, akan memantapkan ekonomi bumiputera selain membantu meningkatkan ekonomi negara.

"MRCA sentiasa berusaha untuk bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan untuk menggalakkan ahli-ahli kami memajukan perniagaan sekali gus merealisasikan cita-cita mereka menjadi usahawan berjaya sama ada di Malaysia atau di luar negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140204/ek_05/Saran-peruncit-bumiputera--jadi-ahli-persatuan#ixzz2sKBBqVtI 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI